Jumaat, 8 April 2016

'Untungnya Dapat Suami Baik Seperti Ini...'

Saya baru kahwin hampir 6 bulan dan baru duduk serumah dengan suami dua bulan ini disebabkan komitmen kerja masing-masing. Seorang di Kuala Lumpur, seorang di Johor Bahru. Jadi, buat ketika itu baru terasa benar-benar hidup berumahtangga. 
Kami tinggal di Cheras, tetapi tempat kerja saya yang jauh memaksa saya berulang alik Cheras - Shah Alam, bukan perkara yang mudah sebenarnya. Menelan belanja kos petrol, tol, belanja makan lagi. Very struggle within basic bukanlah besar mana untuk hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.

Memang saya mengakui sebagai isteri yang bekerja, sebenarnya gaji kita itu adalah duit kita. Menjadi tanggungjawab suami wajib memberi nafkah dan sewaktu dengannya untuk kita yang bergelar isteri. 

Awal bulan hari itu, saya menangis bila mengenangkan duit gaji saya 'ngam-ngam' untuk bayar kereta, duit kutu dan beri sedikit pada ibu yang berada di kampung. Memang suami akan support mana yang tidak cukup sementara menunggu hujung bulan. Tetapi banyak juga jadinya, mungkin saya sudah terbiasa untuk jadi independent. 

Alhamdulillah ada suami yang sangat memahami dan penyayang. Dia pergi balik kerja naik LRT. Kadang-kadang dia sampai rumah lebih awal daripada saya. Dia langsung tidak berkira untuk masak makan malam sebelum saya balik kerja. Malah, rumah juga dikemas olehnya. Stress saya tersangkut dalam kesesakan jalan raya dan masalah di tempat kerja hilang begitu sahaja bila pulang ke rumah. Alhamdulillah ya Allah.

Pernah sekali sewaktu saya hendak pergi kerja, saya risau bilamana tiada satu sen pun dalam dompet saya. Naik segan nak minta dari suami hari-hari bekalkan RM50 untuk tol, petrol dan makan. 

Pagi tadi sebelum bersiap pergi kerja, ada satu nota di atas workstation.

"Diminta untuk buka drawer," 

Rupa-rupanya ada harta karun. Hehe! I love the way he gives a simple message within shows his love as a gentlemen husband. Betul, biarlah kita kahwin bermula dari zero. Susah senang kita bersama asalkan ada pasangan yang selalu beri sokongan moral and emotion. It's enough. 

Suami yang baik, bila kita rasa kehadiran dia sentiasa buat kita rasa bersemangat untuk menempuh hari mendatang walau sesukar mana pun cabaran. Terima kasih sayang kerana menjadi suami yang terbaik untuk saya. Alhamdulillah. - Puan Suhaili 

Tiada ulasan:
Write ulasan