'Tolong Cari Anak Saya...'

Hari itu, aku terserempak dengan hamba Allah ini. Sadis sungguh kehidupannya sejak tiga tahun lalu. Sengaja aku berkongsi cerita ini buat renungan dan pendoman kita.

Nasibnya ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Tiga orang anaknya hilang semasa berada di 7 Eleven, Jalan Ipoh. Sejak dari itu, pelbagai ikhtiar telah dilakukan termasuk perubatan tradisional dan Islam. Ramai yang menipu dan meminta bayaran ratusan ringgit. 

Nordiana, 10, dan Shafiz, 8, dilaporkan hilang secara tiba-tiba pada Oktober 2013 selepas mengunjung kedai 7 Eleven, bersebelah dengan hotel penginapan mereka. 

Wangnya banyak habis sehingga terpaksa menjual rumahnya di Pasir Gudang serta keretanya. Kini, dia tiada tempat tinggal. Cuma bermusafir di sana sini, menumpang tidur di surau atau masjid.

Semangatnya masih kuat dan fikirannya masih waras. Di waktu kesusahan itu, datanglah satu NGO yang kononnya sudi menghulurkan bantuan. Akaun banknya dibuka oleh NGO tersebut. Maka berduyun-duyun rakyat Malaysia yang memberikan sumbangan. Kutipan yang berjaya dikumpul berjumlah RM260,000. Malangnya telah dibawa lari oleh pegawai NGO yang mengendalikan kesnya. 

Laporan polis telah dibuat. Pegawai NGO itu pula menyogok polis sebanyak RM20,000 bagi menutup kes berkenaan. Mujur ada barisan peguam dari Putrajaya yang sudi menghulurkan bantuan dengan ikhlas. Maka 12 anggota polis terkantoi pecah amanah. Sekarang, akaun itu pula dibekukan oleh pihak mahkamah.
Di sebalik semua itu, isterinya pula sudah menjadi tidak siuman. Hanya dia sahaja yang masih kuat semangat menerima ketentuan Allah. 

Alhamdulillah, berkat usahanya yang tidak berputus asa, seorang anaknya telah berjaya ditemui 3 bulan lalu di Perak semasa meminta sedekah. Anaknya itu kini di dalam jagaan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mengikut info dari anaknya itu, seorang wanita telah datang dan menawarkan upah RM100 untuk mencari kucingnya yang hilang. Bersetuju dengan tawaran itu, dia telah dibawa menaiki sebuah van putih dan lalu hilang berbulan lamanya sebelum ditemui semula. 

Semasa aku jumpa dia di tepi lebuhraya NPE sewaktu dia berjalan kaki dari Klang menuju ke Kuala Lumpur dengan sehelai sepinggang kerana beg pakaian serta handphonenya telah dicuri ketika tidur di surau. Lalu apa yang aku boleh bantu hanya menyumbang beberapa helai pakaian, kain pelikat, tuala mandi, sabun dan berus gigi. 
Moga ada insan lain yang sudi membantunya, sekadar termampu jika terjumpa hamba Allah ini. Amin.. - Mohamad Rothman 

0 comment... add one now