Sabtu, 2 April 2016

Tips Mudah Jika Nak Tahu Pasangan Cintakan Anda Kerana Nafsu Atau Allah?


  • Kalau suka seseorang, cuba jauhkan diri dari dia. Waktu tu baru awak boleh beza awak suka dia sebab nafsu, atau sebab Allah.
    Kalau suka ikut nafsu, awak tak boleh menjauh dari dia. Ada je rasa tak kena. Takut dia curang atau tinggalkan kita.
    Kalau awak suka sebab Allah awak akan cuba kawal perasaan. Tak contact, tak berjumpa tanpa sebab.

    Lagi cuba nak jauhkan diri sebab takut Allah kurangkan rasa sayang satu sama lain, tapi mention nama dia dalam doa tak pernah missed sebab awak tahu hati dia Allah pegang.

    Awak percaya Allah Maha Pengatur segalanya? saya percaya.
    Siapa kita untuk nafikan perasaan yang hadir. Siapa kita untuk menolak fitrah yang datang. Rujuk pada Dia. Dia pemilik hati manusia.
    Cinta manusia itu tidak salah, tapi kawal lah dengan iman. bukan nafsu.

    Jika rindu, titipkan dalam doa insyallah dia turut merasainya.
    Saat lelaki itu sedang kerja keras untuk menghalalkanmu, saat tu juga ada wanita yang mendoakanmu agar dimudahkan urusanmu untuk menghalalkannya.

    Mohon Allah jaga. Mohon Allah lindungi. Moga baik baik dalam jagaanNya.

Tiada ulasan:
Write ulasan