Isnin, 4 April 2016

Teruknya Perangai Pelancong Malaysia Di Jepun

Baru sehari bekerja sebagai cleaner di hostel Jepun, rasa nak tulis status sebab terasa sangat. Mungkin sebab sederet dengan part time tour guide. 6 hari kena jawab soalan-soalan dari orang Jepun bila nak menguruskan pelancong Malaysia. 

ANTARA SIKAP-SIKAP PELANCONG MALAYSIA DI JEPUN:

1. Tinggalkan barang-barang di bilik untuk meringankan beg. 

Bilik pertama yang saya kemas, loker penuh dengan maggi, brahim, junk food dari Malaysia. Orang Jepun tak faham niat untuk mengurangkan berat beg dan akhirnya semua makanan masuk tong sampah. Tetapi negara lain tak buat pun seperti itu. 

2. Alih-alih peralatan/perkakas bilik air sesuka hati. Bilik air kotor.

Perkakas bilik air yang hilang seperti bakul, semua dijumpai di bilik orang Malaysia. Floor bilik air yang ada group orang Malaysia saja yang kotor. Siap ada 'unchi' (tahi) lagi atas lantai bilik air.

3. Makan dalam bilik, tak patuh peraturan hostel. 

Bilik orang Malaysia paling busuk, bersepah dengan plastik dan kertas makanan, ada yang tumpah-tumpah.

4. Kurang ajar dengan cleaner.

Bila cleaner tegur apa-apa, suka-suka dihalaunya dengan dengusan dan bahasa Melayu. Cleaner-cleaner Jepun dengan innocentnya menyangka orang Malaysia ini tidak faham bahasa inggeris dan Jepun, mengadu pada saya yang mereka susah nak berinteraksi. 

Tetapi bila saya intai dari jauh, bukannya susah sangat bahasa yang cleaner itu guna. Dia tunjuk lambang lelaki pada pintu toilet, selepas itu silang tangannya yang bermaksud perempuan tidak boleh masuk. Tetapi perempuan itu dengan kurang ajarnya menjawab, "Okay" dan masuk. 

AIRBNB

1. Sikap orang Malaysia terhadap Airbnb pun tak kurang ceritanya. Buat kerosakkan, kemudian lari tak nak bayar denda. Sedangkan tuan rumah Airbnb kena tanggung kerugian besar untuk denda kerosakkan. 

KETIKA MELANCONG SEKITAR JEPUN
  1. Buat-buat tak nampak bila sampah jatuh.
  2. Sepahkan habuk makan dalam shopping mall.
  3. Buang sampah tak nak asing mengikut cara Jepun.
  4. Tak nak bawa balik sampah, tinggalkan sampah banyak-banyak atas meja makan.
  5. Tak sediakan plastik khas untuk buang lampin pakai buang.
Jemput study dulu cara-cara nak behave di Jepun. Macam mana pun, saya kagum dengan pelancong-pelancong lain dari Malaysia yang berusaha menjaga nama baik Malaysia. Ramai juga sebenarnya yang berusaha. - Along Fatin

Tiada ulasan:
Write ulasan