Sabtu, 23 April 2016

Sewa Rumah Kepada Warga Asing , Rumah PPR Di Sita

Puchong: Dua puluh enam unit rumah PPR Kampung Muhibah, di sini yang disewakan kepada warga asing dan dihuni bukan pemilik sebenar dikeluarkan notis penyitaan malam tadi.

Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,Wan Mohamad Ghazali Nor, berkata 26 kes itu dikesan dalam operasi bersepadu yang dijalankan untuk mengesan penyewa rumah PPR yang ‘untung atas angin'.

Katanya, penyewa asal itu hanya membayar RM124 kepada DBKL untuk seunit rumah yang mempunyai dua bilik itu tetapi kemudiannya menyewakan kepada orang lain atau warga asing pada nilai yang berganda.

"Hasil pemeriksaan bermula 9 malam mendapati dua unit rumah disewakan kepada warga asing dan unit rumah itu disita serta merta.

"Sebanyak 24 rumah lagi didapati dihuni penghuni tidak sah dan notis bertempoh 14 hari dikeluarkan. Sebaik tamat tempoh notis, tindakan rampasan rumah akan dilakukan, " katanya pada sidang media selepas Operasi Sepadu DBKL bersama agensi luar di PPR Kampung Muhibah, malam tadi.

Beliau berkata,semua penyewa rumah PPR itu didapati melakukan kesalahan mengikut Undang - Undang Kecil Perumahan Awam 2000 Wilayah Persekutuan.

Tiada ulasan:
Write ulasan