Sabtu, 2 April 2016

Setelah Jadi ‘Pak Sanggup’, Lelaki Ini Diuji Pula Dengan Kecurangan Isteri Bersama Kekasih Lama

Dalam satu perhubungan sering kali dikaitkan dengan orang ketiga, tak kiralah perhubungan sebagai suami isteri mahupun pasangan kekasih. Jika salah seorang sudah mula membuka hati dan peluang kepada orang ketiga tersebut maka bermulalah keretakan rumahtangga yang selama ini dibina atas dasar cinta dan percaya.
Kisah lelaki ini merupakan pengakuan ikhlas yang mana dia sudah tak dapat lagi menyelamatkan rumahtangganya apabila isteri sendiri yang mengambil keputusan mahu mengikuti teman lelaki. Perit hatinya apabila melihat isteri tercinta…

Berkahwin dengan sepupu atas desakan keluarga, aku dijadikan pak sanggup!

Umur aku 35, bini 30. Anak kami 3 orang. Sudah 10 tahun berkahwin. 10 tahun dulu aku tinggalkan awek aku yang dah couple selama 8 tahun. Awek aku tu sebelah rumah je. Aku terpaksa kahwin dengan sepupu aku atas permintaan mak dia yang sakit. Disebabkan desakan family tak sampai sebulan aku pun kahwin.
Bila orang tengok sepupu aku ni baik, bertudung labuh macam ustazah, tapi belum sampai 7 bulan kahwin dah beranak. Aku ni dijadikan pak sanggup. Aku tinggal dia 3 hari untuk bagi ruang diri aku berfikir. Tudung besar dia hanya lakonan. Demi mak dia, aku sanggup terima seadanya. Aku tak nak tahu kisah sebelum kahwin. Walaupun bayi tu bukan dari benih aku tapi aku anggap macam anak aku sendiri. Jaga dan besarkan dia sebab dia tak bersalah. Dan aku tak pernah tanya bini aku siapa laki tu dan kenapa dia pilih aku jadi pak sanggup.

Hidup mula kucar-kacir apabila…

Lepas dia bersalin kami pindah. Bermula la kucar kacir hidup aku. Dia suri rumahtangga tapi
1. Rumah dibiarkan macam tongkang pecah, kalau tidur depan tv tilam tu tak pernah diangkatnya masuk ke bilik. Bilik pula penuh dengan baju tak berlipat.
2. Tak nak masak.
3. Kuat cemburu sehinggakan tak bagi aku pergi kerja pakai perfume. Baju pun dia tak benarkan aku seterika, dibiarnya aku pergi kerja dengan baju komot.
4. Tak nak sembahyang.
5. Keluar rumah tak nak tutup aurat.  Apa yang paling buat aku malu bila jiran-jiran tegur suruh aku nasihatkan bini aku sebab dorang malu tengok. Puas aku nasihat tak jalan.

Tak izinkan aku balik rumah mak sebab cemburu…

Selepas 2 tahun rezeki aku lebih. Demi rumah tangga sebelum pergi kerja aku kemas rumah, basuh baju, sidai baju. 100% rumah aku kemas. Makan hari-hari beli luar. Settle satu masalah. Hari-hari gaduh sebab cemburu dia. Tak izinkan aku pergi rumah mak aku sebab dia cemburu dengan ex aku. Padahal bercakap pun tak. Dia dah kahwin duduk pun lain negeri. Pergi rumah mak aku pun sorok-sorok sebab tak nak bergaduh dengan bini.
Slowtalk baik-baik suruh ubah pakaian, tutup aurat tak jalan. Dah marah pun sama. Aku buat bisnes dapat sub kontrak. Aku bagi bini RM 3000, terpulanglah dia nak beli apa aku tak kisah. Aku belikan mak aku gelang emas harga RM 2000. Masa nak bagi mak aku gelang bini ada sekali. Mak aku gembira suka.
Dan mak aku tanya, “Kau belikan mak gelang untuk bini ada beli skali tak?”
Bini aku jawab, “Bini dia tak penting mak lagi penting, kalau dia dah beli mak gelang habis la duit, bila duit dah habis saya tak dapat la beli barang kemas.”
Berubah muka mak aku. Perlahan mak letak gelang kat tangan aku suruh bagi kat bini aku. Mak cakap mak dah tua untuk apa mak pakai emas, tak ada siapa nak pandang mak. Sambil mak senyum tapi air mata mak dah bertakung. Tak cukup ke RM 3000 aku bagi bini. Gelang RM 2000 je. Sedih hati aku bila tengok muka mak.

Kantoi ada jantan lain, pedih tengok isteri bersuap-suap dengan teman lelaki…

Selepas setahun berlalu, kantoi bini aku ada jantan lain. Bagi alasan kawan je tak lebih dari tu. Kawan dia boleh makan suap-suap berpegang tangan. Jantan tu rupanya ex dia yang buat dia mengandung dulu. 4 bulan lepas, kami bergaduh dan dia keluar dari rumah duduk dengan pakwe dia. Anak-anak dia tak nak jaga lagi, dia serahkan semua pada aku termasuk la anak sulong aku tu. Kini kami dalam proses bercerai.

Jika kebebasan yang dia mahu baik kami bercerai…

Aku tak tahu di mana silap aku sebagai suami. Semua kemahuan dia aku penuhi. Tapi aku gagal didik dia jadi bini yang solehah. Ternyata aku ni tempat persinggahan dia waktu dia dalam sesak. Mungkin dia lebih bahagia dengan pakwe dia yang juga merupakan suami orang. Dia nak kebebasan. Dia nak lepak sampai tengah malam dengan kawan-kawan. Dia bosan aku suruh solat suruh tutup aurat. Aku dah buat sehabis baik,  aku dah jalankan tanggungjawab aku sebagai suami. Jika kebebasan yang dia mahu baik kami bercerai.
Ex aku pun kini ibu tunggal kematian suami. Mak ada suruh aku kahwin dengan dia tapi aku tak nak sebab aku serik. Aku tak nak hal lama jadi balik. Kini aku cuma fikir aku nak besarkan 3 orang anak aku.
Aku terima ketentuan Allah. Aku bukan nak aibkan bekas bini.
Hmm, banyak betul kisah rumahtangga suami dan isteri masing-masing curang dan tak bertanggungjawab sekarang ni. Ujian dalam perkahwinan ni lagi hebat sebenarnya sebab syaitan memang suka orang islam berpecah belah dan bercerai. Kalau tak kuat, habislah mahligai yang dibina. Anak-anaklah yang menjadi mangsa. Hmm.. Takut pulak rasanya nak berkahwin.
sumber : KRT

Tiada ulasan:
Write ulasan