Sabtu, 23 April 2016

Seleaps Isu Berseluar Dalam, Nazrief Nazri Letak Syarat Tayang Badan

ETALING JAYA: Pelakon Nazrief Nazri yang pernah terkait dengan kontroversi berseluar dalam pada satu pertunjukan mengakui dia meletakkan syarat tertentu dalam melakonkan babak yang memerlukannya mendedahkan badan.

Nazrief atau nama sebenarnya Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 25, berkata, dia tidak mahu sekali lagi menyentuh sensitiviti masyarakat dan akhirnya menjejaskan langkahnya untuk terus diterima dalam industri hiburan tanah air.



"Selepas foto-foto lama itu tersebar ia memberi persepsi kepada pengarah bahawa saya pelakon yang boleh atau rela tayang badan, saya terima bayak watak yang sama yang memerlukan saya tayang badan.

"Tapi saya sudah beritahu mereka bahawa saya juga ada syarat jika mahu saya berlakon mendedahkan badan kerana saya tidak mahu dikecam masyarakat sekali lagi kerana perkara yang sama," ujarnya kepada mStar Online.

Nazrief berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan kerjayanya sebagai pelakon ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Nazrief, dia juga bakal mengacarakan sebuah program baharu bual bicara islamik berjudul Sembang Terapi yang bakal disiarkan di TV9 tidak lama lagi.

"Alhamdulillah, minggu depan akan bermula program pertama saya iaitu Sembang Terapi di TV9, ia merupakan program islamik yang dilakukan secara santai.

"Sebenarnya saya sudah lama berminat dalam bidang pengecaraan dan mengikuti beberapa uji bakat sebagai penyampai sebelum ini tapi tidak ada rezeki," ujarnya.

Antara drama lakonan Nazrief juga sedang ditayangkan iaitu Demi Cinta Ain di slot Samarinda di TV3 dan Lara Terindah siaran Tonton.

Sementara itu juga, Nazrief memberitahu kini bergerak secara sendiri selepas tamat kontrak dengan syarikat pengurusan artis Uprising Entertainment.

Katanya, hampir dua tahun dalam industri hiburan tanah air membuatkan dirinya lebih yakin untuk menguruskan kerjayanya sendiri.

"Saya tidak ada masalah dengan syarikat pengurusan cuma saya ambil keputusan untuk cuba bergerak sendiri sahaja.

"Buat masa ini semuanya berjalan lancar dan saya boleh atur jadual saya dengan baik," ujarnya.

Tiada ulasan:
Write ulasan