Ahad, 3 April 2016

Sejak Ramping Dan Cantik, Saham Raja Ema Semakin Meningkat

KUALA LUMPUR: Saham pelakon terkenal era 80-an, Raja Ema, 48, melambung tinggi apabila badannya semakin ramping selepas mengamal serta menjual korset dan ubat kurus. Akui pelakon Mawar Merah (1987) berkenaan, berikutan perubahan fizikal dialaminya itu, beliau turut menerima banyak lamaran daripada lelaki yang berhasrat menjadikannya sebagai isteri.

"Seorang daripada mereka pula menetapkan syarat, jika saya ingin menjadi isterinya, saya harus berhenti berlakon dan mengikutinya ke luar negara," kata wanita yang membuat kepulangan semula ke bidang seni sejak tiga tahun lalu. Sebelum ini, Raja Ema pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi irama nusantara, Sheqal, pada 1993.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Ammar, 22, dan Putera Al-Kasya, 20. Difahamkan, beliau juga turut berkahwin buat kali kedua, namun identiti bekas suaminya itu terus menjadi tanda-tanya hingga ke hari ini.

"Saya memang tidak menolak andai ditemukan dengan jodoh baharu. Saya percaya, setiap wanita juga mahukan kebahagiaan yang berpanjangan. Cuma, buat waktu ini saya harus memilih calon yang terbaik. Saya juga memerlukan sedikit masa untuk berbuat begitu.

"Memang seorang daripada lelaki yang melamar saya itu mahu saya mengikutnya ke luar negara. Namun, saya belum mampu untuk memberikan kata putus.

 "Saya kena fikir masak-masak mengenai perkara ini. Jadi, buat masa ini saya juga belum boleh mendedahkan siapa lelaki pilihan kerana tidak pasti mana satu yang menjadi idaman kalbu. Malah, mereka kena tunggu jawapan saya, termasuk calon yang mahu saya berhijrah mengikutnya ke luar negara," katanya yang kembali hidup solo sejak lima tahun lalu.

Tiada ulasan:
Write ulasan