Sabtu, 2 April 2016

Sebenarnya Pewaris Boleh Tuntut Bantuan Kematian RM2500 Jika Pencarum KWSP Meninggal Dunia

Sebagai seorang pekerja yang mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kita layak untuk mengetahui tentang beberapa polisi yang memberi manfaat kepada kita.
Menerusi perkongsian Shaari Anuar di laman Facebook miliknya, rupanya ramai yang tidak mengetahui pewaris layak menerima bantuan RM2500 daripada KWSP sekiranya pencarum meninggal dunia. Namun ada syaratnya.

Pewaris tak tahu mereka layak dapat bantuan

Saya baru selesai berusan di KWSP…
Membantu pewaris mendapatkan bantuan kematian sebanyak RM2500.
Kesnya pelabur amanah saham saya ni meninggal, dan pewaris tak tahu mereka boleh dapatkan bantuan sebanyak RM2500 daripada pihak KWSP.
Sebenarnya, dulu saya dah inform kepada pewaris, tapi mereka tidak yakin samada mereka layak atau tidak untuk mendapat bantuan ini…
Alasan, aruah dah lama tak mencarum duit dalam EPF…
Kerana dah lebih 10 tahun, aruah bekerja sendiri…
Bila saya berjumpa dengan pegawai, mereka kata…
Pencarum tetap layak, selagi masih ada lagi baki lagi dalam account….
Lagipun, aruah meninggal sebelum berumur 55 tahun,,,
Dan memang tertulis rezeki, ketika saya bawa pewaris untuk buat tuntutan, masuk bulan ke 5 dari tarikh kematian.
Jika dah lebih 6 bulan, pihak pewaris tidak lagi boleh membuat tuntutan lagi dah….

Ini syarat-syaratnya

ika kita ada account dengan KWSP, tak kisah berapa pun amount yang kita ada…
Dan meninggal dunia sebelum 55 tahun, pewaris akan dapat bantuan sebanyak RM2500..
Dan pastikan tuntutan dibuat sebelum 6 bulan dari tarikh kematian.
Bawa sijil kematian, dan boleh dapatkan borang 9KM di website atau dicawangan berdekatan.
Cerita pegawai yang kami berurusan tadi,
Kes yang tak dituntut banyak sangat, pasal ramai ahli keluarga yang tak tahu,,,,
Dan lagi satu, yang layak untuk dapatkan bantuan ini, tapi tuntutan dibuat selepas 6 bulan, pun ramai..,,
Tapi memang dah tak boleh lagi dah, ingat kena buat sebelum 6 bulan dari tarikh kematian…
Sambung beliau sambil meminta saya hebahkan kepada orang ramai…
Sila share ye, sekurang kurangnya dapat meringankan beban pewaris yang layak disaat saat mereka kehilangan tempat mereka bergantung..

Info dari KWSP

Hasil bacaan kami di website KWSP, ternyata ada polisi sebegini namun ianya tidak diketahui orang ramai. Malah ramai tidak menuntut wang bantuan tersebut apabila kematian ahli keluarga yang mencarum dengan KWSP.
Harap lepas ini tak ada yang terlepas pandang lah, walaupun dah lama tak mencarum pun masih boleh tuntut.
Sumber : KWSPShaari Anuar

Tiada ulasan:
Write ulasan