Rabu, 27 April 2016

Rita Rudaini Bersyukur Keadilan Berpihak Kepada Dirinya

Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang memerintahkan bekas suami pelakon wanita ini yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan supaya membayar nafkah tertunggak berjumlah RM68,530 kepada Rita Rudaini ternyata membuatkan dirinya bersyukur.



Menurut kenyatannya yang dipetik daripada Utusan Online, Rita menegaskan bahawa wang ringgit bukanlah keutamaan perjuangannya turun naik mahkamah selama ini. Sebaliknya apa yang dilakukannya selama ini adalah semata-mata kerana menuntut keadilan untuk diri sendiri dan anak-anaknya yang dizalimi sebelum ini.

Malah Rita kini yang kini menjaga dua cahaya matanya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna turut memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana perjuangannya membela masa depan anak-anak berpihak padanya.

Apa pun, semoga ibu tunggal ini sentiasa tabah menghadapi dugaan yang mendatang. Sehingga kini, peminat Rita tidak henti-henti mendoakan agar selebriti kesayangan mereka ini cepat sembuh dari denggi juga.

Tiada ulasan:
Write ulasan