Sabtu, 2 April 2016

Remaja Tembak Mati Abang Kerana Minat Gadis Yang Sama

  Berita Premium       Sabtu, 2 April 2016
SEORANG remaja didakwa menembak mati abangnya sendiri kerana kedua-dua mereka meminati gadis yang sama.

Portal Mirror melaporkan bahawa Dakota Thornton, 15, dipenjara selepas dia dilaporkan memberitahu polis "saya tembak abang saya".

Memetik laporan Fox, remaja yang berasal dari Dauphin County di Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) itu bergaduh dengan abangnya, Dominick, 18, mengenai gadis yang sama disukai mereka.

Seorang jurucakap berkata: "Dua beradik itu bergaduh mengenai seorang gadis.

"Kedua-dua mereka dikatakan berminat pada gadis yang sama dan perkara itu merupakan punca pembunuhan," katanya. - Mirror
logoblog

Thanks for reading Remaja Tembak Mati Abang Kerana Minat Gadis Yang Sama

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan