Ahad, 17 April 2016

Randy Pangalila Nafi Ada Hubungan Dengan Elfira Loy

Jika sebelum ini pelakon Elfira Loy pernah dikaitkan dengan pelakon dari Indonesia, Baim Wong, kini giliran Randy Pangalila pula terkena tempias tersebut. Sebelum ini, Randy dan Elfira pernah digandingkan bersama di dalam drama arahan Michael Ang. Kesan daripada gandingan itu, peminat teringin melihat mereka bersama.


“Bukan hanya di Malaysia, tetapi di Jakar juga ada yang bertanya sejauh mana hubungan saya dengan Elfira. Ketika menjadi tetami program bual bicara, Rumpi No Secret, untuk sebuah saluran di sana pada Disember lalu, saya disoal apakah benar saya menjalin cinta lokasi dengan Elfira?”

“Pertanyaan itu membuatkan saya tergamam kerana antara kami tiada hubungan istimewa. Saya menyenanginya malah Elfira antara teman artis Malaysia yang paling akrab. Saya sedar ramai yang mendoakan, malah berharap kami akan bercinta di alam realiti,” kata Randy dipetik dari BH Plus.

Sementara itu menurut Randy, dia turut merindui untuk berlakon bersama Elfira kerana pelakon bertubuh genit itu sangat membantu. Walaubagaimanapun, hasrat peminat untuk melihat Randy dan Elfira bercinta mungkin tidak kesampaian kerana Randy sudah 5 tahun menjalin cinta secara serius dengan teman wanitanya, Michella dan berhasrat untuk berkahwin dalam masa dua tahun lagi.

Tiada ulasan:
Write ulasan