Ahad, 3 April 2016

Ramai Terkejut Bayi Baru Lahir Ini Miliki Rambut Lebat

SEORANG bayi perempuan baharu lahir sekelip mata menjadi popular di Internet selepas berjaya menarik perhatian netizen gara-gara rambutnya yang lebat dan disifatkan begitu sempurna.

Semuanya bermula apabila ibunya, Mackenzie Kaplan memuat naik gambar selfienya bersama-sama dengan anaknya, Isabelle menerusi media sosial.

Gambar tersebut sekali gus menjadi viral sebaik sahaja dikongsi orang ramai yang terkejut dan tidak percaya kelebatan rambut bayi berusia 10 minggu itu.

Sehinggakan ada pengguna sosial berpendapat, rambut bayi ini hanyalah hasil suntingan semata-mata.

Populariti yang dikecapi bayi milik pasangan San Francisco, California, Amerika Syarikat ini juga menyebabkan keluarga ini dikejar oleh pihak media untuk ditemu bual.

alam pada itu, bapa bayi ini iaitu Dave percaya anaknya memiliki rambut lebat kerana faktor genetik keluarganya.

Menurutnya, dia juga memiliki rambut yang lebat semasa kecil. –6-Nora-Danish-Gayakan-Tudung-Jenama-Sendiri-Di-Iceland-ROTIKAYA_88967252_gettyimages-52596077

Tiada ulasan:
Write ulasan