Sabtu, 16 April 2016

'Photographer Lahanat! Curi Artwork Aku!'

KUALA LUMPUR - "Assalamualaikum. Ada sesiapa yang kenal insan yang lemah lagi hina ini? Sudahlah sesedap curi artwork orang, buat promo lepas itu mengaku dia yang shoot. Sedap kau lahanat!"

Demikian luahan amarah jurufoto, Asyraf Manan, melalui Facebooknya, yang berang dengan tindakan seorang lelaki bernama Halhafis Rosli (BMC Photowork), mencuri gambarnya, semalam.

Lelaki yang berasal dari Kluang dan kini menetap di Seputeh itu, mendakwa dia mempunyai ijazah dalam photography yang diperoleh dari UTM Space. Bagaimanapun, rakan Asyraf pula berkata, UTM Space tidak menawarkan sebarang bidang pengajian photography di peringkat ijazah, kecuali diploma sahaja.

Enggan berdiam diri, Asyraf mengambil keputusan untuk memerangkap lelaki itu.

"Gambar yang saya sent tadi, saya kenal client itu. So, saya stalk instagram dia. Photographer yang shoot gambar itu bukan awak, tetapi Maroon Production. Betul ke itu gambar awak?" soal Asyraf.

"Wah! Betul-betul selidik ni. Saya job under dia. So, saya jadikanlah juga gambar itu sebagai portfolio saya. Saya kadang-kadang bukan ada kerja, jadi dapatlah job dari lain-lain photog," jelas Hafis.

"Oh ye ke? Tetapi kenapa nama yang awak upload, Fuad & Shahira, sedangkan nama asal ialah Dr Anwar Fazwal dan Dr Fatin Liyana?" soalnya lagi membuat lelaki itu menjadi tidak keruan.

"Jadi second photog macam itulah. Job dah lama, saya main letak saja. Saya second photog masa itu," katanya cuba berselindung.

Enggan memanjangkan cerita, Asyraf memaklumkan kepada lelaki itu bahawa dia adalah pemilik gambar tersebut. Alasan yang diberikan oleh lelaki itu?

"Okay, sorry boss. Kami ini baru nak mula berniaga. Saya akan tarik semua sekali yang ada dalam Facebook page kami. Budak baru nak start hidup, mentah lagi dalam dunia meniaga. Baru nak dapat first customer.

"Saya minta belas ikhsan encik. Silap kami juga tak minta izin. Saya merayu pada encik. Ini pengajaran untuk kami. Tolong bagi peluang untuk kami yang baru nak hidup ini encik. Kami akan padam semua gambar.

"Saya pergi cari internet sekarang juga. Bagi masa untuk kami delete ini semua. Please guide kami cara marketing yang betul encik. Memang silap kami, kami tak tahu apa-apa tentang hakcipta," rayunya.

Pujuk rayunya bagaimana tidak diendahkan, malah Asyraf mahu bertemu dengan lelaki terbabit Isnin depan bagi menyelesaikan masalah yang tidak sepatutnya berlaku ini.








Moga menjadi pengajaran kepada yang lain agar tidak sewenang-wenangnya mencuri hasil artwork photographer yang lain. Juga, usahlah terlalu mengikut trend 'orang buat bisnes photography, kau pun sibuk nak buat bisnes yang sama,'. -

Tiada ulasan:
Write ulasan