Sabtu, 30 April 2016

Pertama kali minta ayah hantar ke sekolah sebelum maut kemalangan

LOR GAJAH – Seorang bapa tidak menyangka permintaan untuk menumpang motosikal ke sekolah menjadi permintaan terakhir anak lelakinya yang maut dalam satu kemalangan di Jalan Lubok China di sini kelmarin.

Mohd. Hendra Zakaria, 51, berkata, permintaan itu juga pertama kali disuarakan Alsyukri, 16, yang selama ini hanya berjalan kaki dari rumah mereka di Taman Wira Mas ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China.

“Masa saya nak pergi kerja lepas subuh, dia cakap nak tumpang naik motor saya untuk ke sekolah dan sampai sekolah dia salam dan cium tangan macam biasa.

“Selama empat tahun ulang alik rumah ke sekolah yang jarak hanya 500 meter, dia tak pernah tumpang atau minta hantar ke sekolah dan ini pertama kali,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Tiada ulasan:
Write ulasan