Sabtu, 16 April 2016

Pengesahan Arab Saudi Bukti Tuduhan Dr Mahathir Palsu

  Berita Premium       Sabtu, 16 April 2016
PETALING JAYA: Pengesahan Menteri Luar Arab Saudi bahawa sumbangan derma kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, memang dari negara itu, membuktikan tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah palsu, kata setiausaha akhbar Najib.

Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata, kenyataan Adel Al -Jubeir mengesahkan apa yang diperkatakan Najib selama ini.

"Ia juga membuktikan bahawa tuduhan-tuduhan liar selama setahun yang dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad dan kempen anti-Najibnya adalah palsu.

"Pembohongan Tun Mahathir didorong oleh kepentingan peribadi, tidak mementingkan Malaysia atau rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, Dr Mahathir cuba menggunakan pembohongan untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi dan beliau perlu bertanggungjawab terhadap kerosakan yang telah menjejaskan reputasi Malaysia.

Tengku Sariffuddin juga menggesa media Barat yang menyebarkan "dakwaan palsu bermotifkan politik" supaya memohon maaf kepada rakyat Malaysia.

Pada Khamis, Al-Jubeir mengesahkan bahawa sumbangan kepada Najib datang dari Arab Saudi tanpa mengharapkan balasan.

Justeru, setahu pihaknya, isu berkenaan ditutup.
logoblog

Thanks for reading Pengesahan Arab Saudi Bukti Tuduhan Dr Mahathir Palsu

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan