Sabtu, 23 April 2016

Pekerja Rayani Air: Nak beli susu anak tak lepas!

SEPANG - "Kami nak beli susu anak pun tak lepas. Ada antara pekerja yang terpaksa keluar daripada bilik sewa, malah bank sudah mula hubungi kami untuk meminta kami jelaskan bayaran kereta," kata wakil kakitangan Rayani Air, Zulkalnain Azlan.

Menurutnya, kakitangan Rayani Air kini berhadapan dengan kesukaran mendapatkan peluang pekerjaan berikutan masalah yang dihadapi syarikat itu.Rayani Air

Malah Zulkalnain turut mendakwa ‎terdapat syarikat penerbangan tempatan mengeluarkan surat rasmi untuk tidak membenarkan pekerja Rayani Air bekerja di syarikat itu.

"Kami tidak boleh cari kerja lain. Semua (kakitangan syarikat) mengalami kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan baharu.

"Buat masa sekarang kami tak ada buat apa-apa. Memang kami dalam kesusahan," katanya ketika ditemui Sinar Online.

Sehubungan itu, pihak Zulkalnain mendesak pihak pengurusan Rayani Air melunaskan segera pemberian gaji kepada kakitangan syarikat itu.

Tiada ulasan:
Write ulasan