Pakej Celcom Xpax Baru Menawarkan Panggilan Tanpa Had Ke Talian Celcom, Tiada Internet Burung Hantu


Celcom telah menarik perhatian ramai melalui pelan pascabayar baru mereka sebelum ini, dan pada awal pagi ini, mereka bakal memperkenalkan pakej prabayar baru mereka. Daripada apa yang tertiris, pakej ini akan dikenali dengan nama Xpax M4GIC SIM – sedikit berbeza dengan Magic SIM sebelum ini.

XPAX M4GIC SIM menawarkan panggilan tanpa had ke talian Celcom yang lain, dan pada masa yang sama dilengkapi dengan akses internet asas (64kbps) secara percuma. Pelanggan juga akan dapat mengakses kepada Yonder Music tanpa had secara percuma melalui pakej baru ini.Celcom Xpax Magic

Celcom turut menyediakan sebanyak lima pilihan untuk membeli data, iaitu RM8 untuk 1GB (sehari), RM18 untuk 1GB (seminggu), RM38 sebulan untuk 4GB, RM48 sebulan untuk 5GB dan RM68 sebulan untuk 7GB. Semuanya hadir dengan kebolehan untuk membawa data yang tidak digunakan ke bulan hadapan.

Disamping perbezaan nama, pelan baru Celcom ini juga akan membawakan perbezaan dari segi penawaran internet untuk diakses pada waktu malam. Tiada XPAX Internet Burung Hantu pada pelan ini, tetapi sebaliknya Celcom menawarkan data tengah malam (1 pagi – 7 pagi) pada RM5 untuk 10GB.

Celcom bakal mengumumkan secara rasmi pakej baru ini pada awal pagi ini, dan mungkin kita akan mengetahui lanjut mengenai sebarang tawaran lain yang berkaitan dengannya, ataupun mengetahui sekiranya terdapat sebarang perubahan pada pelan berkenaan.

{ 13 comments.. read them below or add one }

Normal Malay Normal Malay 27 Jun 2016 4:30 PTG
Ramai ckap Xpax ni bagus, klau raya nnti agak2 bagus ke tidak ea? heheheee
margaret sim margaret sim 27 Jun 2016 4:31 PTG
dari unlimited ke quata ea, ahhahaha.. hebat memang hebat, tapi ade setengah org tak suke, untuk aku takde masalah sume okay.. :)
Ligwen Ligwen 28 Jun 2016 4:13 PTG
tak silap aku xpax ni ade promotion raya kan? betul ta?
Hapu Kain Hapu Kain 28 Jun 2016 4:14 PTG
Masih setia Bersama burung hantu heheehe... tapi raya nnti sape pakai waze boleh nikmati perjalanan tanpa mengunakan data. ahahahaa
Xiaoloong Wong Xiaoloong Wong 29 Jun 2016 2:24 PTG
ade percuma mmg baik...xpax line baik juga...selain pangilan tanpa quata waze juga free...cuba guna masa habis kerja...blh cupat buka puasa dgn waze ni...kekeke
yon budu yon budu 29 Jun 2016 2:25 PTG
Raya tahun ni aku dngan xpax :), aku yang raya punya promotion ade waze free, penggunaan waze tanpa cas :P
Goh Fenny Goh Fenny 29 Jun 2016 4:45 PTG
saya baru signed ni telco. bagus la. boleh guna untuk tengok movie masa raya holiday.
Goh Fenny Goh Fenny 29 Jun 2016 4:46 PTG
i baru signed package ni. boleh guna masa raya holiday kan.
Xiaoloong Wong Xiaoloong Wong 29 Jun 2016 5:45 PTG
mana dpt free waze berita ni? nanti tiap2 hari guna habis ku data ni. cepat buat panggilan pd keluarga semua salam2. habis raya ni habis promo ni…
YanTek Ng YanTek Ng 29 Jun 2016 5:50 PTG
Hebatnya... raya promisi dpt byk untung... macam semua free je! Waze free, Burung Hantu free, Call free... sampai Hari Depavali ape lagi blh free?

hanim hanim 29 Jun 2016 11:03 PTG
kan... macam best sangat nih. free free free kekeke. harap waze ms balik kampung nnti kuat jugak. lgpun paling murah xpax rm8 1gb jer
hanim hanim 29 Jun 2016 11:03 PTG
kan... macam best sangat nih. free free free kekeke. harap waze ms balik kampung nnti kuat jugak. lgpun paling murah xpax rm8 1gb jer
hanim hanim 29 Jun 2016 11:41 PTG
dengar dari member yg burung hantu ni memang best sebb murah sangat dan best skali xda kontrak apapun. Member I br je langgni 3+2 gb for RM 48 je tambah dengan raya promosi memng berbaloi untuk test line xpax