Sabtu, 23 April 2016

Mayat Bayi Masih Bertali Pusat Mati Mereput Di Johor

JOHOR BARU:Mayat seorang bayi lelaki yang hampir reput dan masih bertali pusat ditemui di sebuah pondok di kebun kelapa sawit di Kampung Parit Gantong, Rengit dekat Batu Pahat, pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten komisioner Din Ahmad berkata, kejadian itu disedari pemilik kebun pada pukul 8 pagi selepas terhidu bau busuk di belakang pondok.

Beliau berkata pekebun itu kemudiannya memeriksa kawasan tersebut sebelum menemui bungkusan yang ditutupi dengan kain.

Apabila bungkusan dibuka, didapati mayat seorang bayi yang hampir reput sebelum perkara tersebut dimaklumkan kepada pihak polis, katanya.

"Melalui siasatan awal, mayat bayi itu dipercayai baru dilahirkan empat hari lalu dan cuba ditanam berdasarkan penemuan sebatang cangkil kecil sepanjang 30 sentimeter ang ditinggalkan di pondok berkenaan.

"Terdapat kesan tanah padanya (cangkul) dan mayat bayi itu juga dipercayai dilahirkan tidak cukup bulan iaitu sekitar usia tujuh bulan," katanya.

Din berkata suspek masih belum dikenal pasti.-- Bernama

Tiada ulasan:
Write ulasan