Lima Bom Buatan Sendiri Ditemui Di Apartment Di Damansara Perdana

PETALING JAYA: Lima butir bom buatan sendiri ditemui oleh polis di sebuah unit apartmen di Damansara Perdana di sini, awal pagi Ahad, memaksa kira-kira 200 penduduk dipindahkan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata bom-bom itu yang terletak di 'bahagian dalam' di sebuah unit blok 23 tingkat telah dipindahkan ke kawasan selamat. Bom itu telah dibawa ke kuari berhampiran dan diletupkan.


"Dua suspek, yang juga penduduk tempatan telah ditangkap. Unit ini telah disewa oleh salah seorang daripada mereka," kata Mohd Zani kepada pemberita.

Beliau berkata seramai 200 penduduk di blok itu dipindahkan sebagai langkah keselamatan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat meninggalkan tempat kejadian pada pukul 11.40 pagi manakala polis terus menjalankan siasatan mereka.

Penduduk masih terkejut selepas mengetahui terdapat bom dalam blok apartmen mereka.

Seorang pemilik yang hanya mahu dikenali sebagai Martin dan telah tinggal di situ selama setengah tahun berkata dia sedang tidur apabila polis melakukan serbuan di unit tersebut tetapi telah dikejutkan oleh jiran-jiran sekitar jam 8.30 pagi.

"Semua orang telah mengetuk pintu-pintu rumah yang lain untuk memberitahu  mengenai pemindahan. Tempat ini agak tenang dan ini adalah kali pertama sesuatu seperti ini berlaku," kata Martin.

Kira-kira pukul 11 pagi, seseorang yang kelihatan seperti pemilik unit di mana bom ditemui dilihat bercakap dengan pihak polis. Beliau menolak permintaan media untuk memberikan komen.

0 comment... add one now