Jumaat, 1 April 2016

Lepas Cerai Rezeki Bertambah, Dapat Hak Penjagaan Anak- Fasha Sandha

Mengakui kehidupannya kini lebih tenang selepas bercerai, Fasha Sandha dalam masa yang sama turut mendapat hak penjagaan penuh terhadap anaknya namun suaminya masih boleh melawat anak mereka bila-bila masa.


“Kami berpisah bukan kerana kehendak masing-masing tetapi kerana keadaan. Jadi selepas berpisah, hidup saya kini lebih tenang. Bagaimanapun hubungan antara saya dengan bekas suami masih baik kerana dia adalah ayah kepada dua orang anak kami”

“Dia juga ada telefon tapi saya anggap itu lebih kepada atas urusan untuk anak-anak. Jadi bila dia beri ucapan hari lahir kepada saya, saya tak anggap apa-apa cuma mungkin sebagai penghargaan kepada saya sebagai ibu kepada anak-anaknya,” jelas Fasha kepada Media Hiburan.

Selain menjelaskan kehidupannya kini sangat sibuk dan rezekinya mencurah curah selepas bercerai, Fasha juga memberitahu, dalam masa yang sama dia terpaksa beberapa tawaran lain.

Tiada ulasan:
Write ulasan