Ahad, 10 April 2016

Lelaki ini jelaskan beza Produk Halal Dan Haram Produk Ini .

Dari pagi tadi aku dihujani pertanyaan tentang status halal 불닭볶음면. Mungkin sebab aku ada share tentang ramyun ini dalam beberapa hari lepas (mungkin juga minggu). Tiba-tiba pulak, ada seorang hamba Allah share post yang mengatakan bahawa ramyun ini tak halal kerana diproses di tempat yang sama dengan daging oink oink. Satu lagi tuduhan yang agak berat ialah status halal yang dikeluarkan oleh KMF adalah diragui.
Aku bukanlah orang yang layak untuk mengesahkan sama ada ramyun ini memang betul-betul halal. Tapi aku juga tak boleh suka-suki kata yang ia haram sebab aku bukan panel yang menilai kehalalan sesuatu makanan. Berdasarkan sedikit pengalaman dan info semasa di korea, aku meyakini status halal dari KMF, sebab tu aku makan.
Suka untuk aku ambil contoh Shin Ramyun, produk ramyun pertama yang mendapat cop halal dari KMF sebagai case study. Shin ramyun ni asalnya memang haram sebab ada unsur-unsur daging di dalamnya (tak ingat daging apa). Sekitar 2010-11, tersebar berita bahawa produk ini sedang dalam proses mendapat status halal. Ada juga aku nampak gambar-gambar lawatan pihak KMF ke kilang memproses ramyun ini di fb. Aku jadi excited dan mula mencari-cari dekat kedai, tapi memang tak jumpa la. Akhirnya aku dapat tahu bahawa produk yang halal tu hanya untuk ekspot sahaja. Tapi aku ada jugalah dapat satu shin ramyun dalam bentuk cup. (Tak ingat siapa bagi). Kelainan yang aku nampak pada ramyun versi halal ini ialah bahan-bahan ditulis dalam bahasa inggeris. Shin Ramyun ada versi halal dan tak halal. Jadi, tak ada masalah rasanya untuk mengeluarkan versi halal untuk produk lain.
Jadi, bila aku tengok gambar di post yang menunjukkan bahan-bahan ditulis dalam bahasa korea, aku rasa ada yang tak kena sebab ramyun yang aku beli di aeon alamanda putrajaya tu pun, bahan-bahan ditulis dalam bahasa inggeris dan memang tak ada pun cakap pasal proses di tempat sama dengan daging oink oink.
Pendapat aku, mungkin si hamba Allah ni dapat produk yang tersilap label. Menuduh status halal KMF diragui dan JAKIM tak suka KMF adalah tuduhan yang berat. Aku tengok di website JAKIM, ada je program seminar halal di Korea di mana JAKIM dijemput oleh KMF.
Aku tak berminat nak ambil tahu kalau ada isu antara KMF dengan badan-badan lain. Itu aku serahkan kepada mereka untuk selesaikan sendiri (kalau ada). Usaha KMF untuk menyebarkan islam di Korea dan mengarus perdanakan produk halal korea tetap harus diberi pujian walau mungkin ada kelompongan. Kalau ada keraguan, eloklah disuarakan dengan berhemah tanpa memburukkan mana-mana pihak.
Dari pihak aku sendiri, kalau dah ada jaminan dari pihak berautoriti, bedal je la. Kalau tak yakin, jauhkan.
Sekian Wassalam.

Tiada ulasan:
Write ulasan