Ahad, 1 Mei 2016

Langsi Betul Cara Courts Tuntut Hutang?

KUALA LUMPUR - Kebiadaban pihak Courts menghantar mesej berbaur ugutan ini telah membuatkan pelanggannya hilang sabar dan memuat naik gambar mesej ugutan tersebut di media sosial.

Rossmawati M Nawi, berang dan tidak puas hati dengan tindakan pihak Courts yang berlagak seperti gangster. Sedangkan Rossmawati tidak pernah terlupa membuat bayaran setiap bulan.

"Kepada Courts Mammoths, saya ada membuat pembelian dengan Courts Mammoths Kota Bharu dan sehingga kini masih belum selesai. Saya membuat pembayaran sebanyak RM90 setiap akhir bulan walaupun bayaran sepatutnya adalah lebih rendah. Saya tidak ada tunggakan.

"Yang membuatkan saya tidak berpuas hati ialah, bila hujung bulan, saya akan menerima SMS berupa ugutan dari pihak Courts Mammoths. Bukan satu sms yang dihantar, tetapi banyak kali. Seolah-olah tunggakan hutang saya beribu-ribu. Sedangkan jumlah yang saya perlu bayar hanya RM73.

"Saya amat marah dan sangat tidak berpuas hati dengan tindakan pihak Courts Mammoths!" luahnya di Facebook.




Tindakan pihak Courts ini ternyata menyalahi undang-undang. Orang ramai yang mengalami masalah yang sama dengan pihak Courts diminta membuat aduan kepada Tribunal Pengguna dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Tiada ulasan:
Write ulasan