Ahad, 17 April 2016

KJ Sebak Anaknya Keduanya Seorang Autisme

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak dapat mengawal perasaan sedihnya ketika sesi 'kupas buku' yang dibacanya.

Menurutnya buku berjudul Uniquely Human mengingatkan tentang kanak-kanak autisme membuatkan beliau lebih memahami anak keduanya, Timor Abdullah, 8.

"Saya minta maaf saya agak emosi hari ini sebab anak saya sendiri...saya tidak memahami kenapa dia (anaknya) begitu tapi ada pendekatan yang saya cuba fahami melalui buku ini di mana kita perlu faham apa yang dia rasa.
KJ sebak cerita tentang anaknya Puma
"Jadi, buku ini sangat penting kepada saya selain daripada melihat dari sudut lain bagaimana ibu bapa perlu memahami anak-anak mereka yang istimewa ini di mana anak-anak ini sangat unik," katanya sebak yang menarik perhatian penonton pada majlis perasmian kupas buku itu.

Katanya, buku itu membuka matanya yang sebelum ini tidak dapat melihat di sebalik keistimewaan anaknya itu.

"Buku ini mengubah hidup saya, mengubah cara saya mendekati anak saya sendiri dan bagaiman saya memahami dia tanpa cuba mengubah dia menjadi seperti anak-anak lain yang normal," katanya.

Tiada ulasan:
Write ulasan