Ahad, 1 Mei 2016

Kejam, Anak Kucing Diwarnakan Sebelum Dicampak Pada Anjing

ALAHAI… ada juga manusia sanggup bertindak kejam sebegini mewarnakan haiwan comel dengan pen dakwat kekal.
Dua ekor anak kucing berusia empat minggu yang diwarnakan dengan pen dakwat kekal ini pula bukan mangsa prank semata-mata, tetapi sebenarnya ditandakan untuk menyertai satu sukan ganas.

Anak kucing tersebut ditemui oleh sukarelawan dalam keadaan lemah lantas dihantar ke pusat haiwan untuk perlindungan dan rawatan.
Individu Kejam, Warna Si Comel Dengan Pen Dakwat Kekal
Menurut salah seorang kakitangan Bradford Cat Watch Rescue Kittens (BCWRK) Katie Lloyd, kod warna pada anak kucing tersebut adalah sebahagian daripada aktiviti sukan yang tidak bertamadun, di mana haiwan comel itu akan dicampakkan ke arah sekumpulan anjing.

Warna-warna pada badan anak kucing itu ditanda untuk memudahkan penonton membuat pertaruhan ke atas haiwan yang mereka pilih dalam menentukan yang mana akan dibunuh anjing dahulu.

Insiden kejam seumpama itu dikatakan bukan kali pertama dilaporkan. Sekiranya anak kucing itu tidak diselamatkan, maka ia akan mati dalam masa satu atau dua jam.

Dua anak kucing malang diwarnakan dengan dakwat kekal yang berjaya diselamatkan itu diberi gelaran Shrek dan Smurf oleh kakitangan pusat haiwan tersebut. –


Tiada ulasan:
Write ulasan