Isteri Meninggal Selepas Lahirkan Bayi Kembar, Lelaki Tekad Mampu Jaga Mereka Walaupun Dugaan Bertambah

IPOH - 'Berat mata memandang, lagi berat bahu memikulnya,' demikian luahan Hasnul Zulkarnian akan nasib yang menimpa bayi kembar yang baru saja berusia 8 hari ini. 

Difahamkan, ibu kepada bayi kembar dan 6 orang lagi anak ini telah meninggal dunia semalam di Hospital Besar Ipoh.

"Keluarga ini diuji Allah apabila ibu kepada 9 orang anak termasuk bayi pasangan kembar lelaki yang berusia 8 hari meninggal dunia semalam di Hospital Besar Ipoh.

"Duduk di Kampung Changkat Jambu, Kati Kuala Kangsar. Anak sulung baru saja Tingkatan 2. Ayah mereka bekerja sebagai pemandu lori," kata Hasnul. 

Menurut Hasnul, dia baru saja menziarahi arwah di pada jam 11.30 pagi tadi. Jenazah masih belum dihantar kepada keluarganya kerana perlu dipost mortem terlebih dahulu. 

Alhamdulillah, baru selesai menziarahi keluarga yang kematian ibu dan meninggalkan 9 orang anak termasuk anak kembarnya yang baru berusia 8 hari. 


"Yang sedihnya, bekalan air kena potong. Bayi kembar belum mandi lagi sebab tak ada lampin pakai buang. Botol susu pun ada satu saja. Ya Allah, beratnya dugaan mereka ini,"  

"Saya akan menziarahi eluarga ini esok pagi, Jumaat 14 April," katanya. 

_____________________________

Saya berkesempatan bersembang dengan suami arwah serta ketua kampung yang juga bapa saudara arwah. Rumah ketua kampung, sebelah rumah arwah saja. 

Beberapa isu yang mereka minta kami perbetulkan:
  1. Isu pampers tidak ditukar - Itu sebab terlalu sibuk nak daftar kematian dan urus jenazah. 
  2. Ada satu botol susu - Memang, sebab asalnya si ibu nak bagi susu badan.
  3. Dakwaan air kena potong adalah tidak benar sama sekali. 
  4. Suami bukan bekerja sebagai pemandu lori tetapi Pos Malaysia di Kuala Lumpur. 
  5. Tiada anak-anak mereka yang tidak bersekolah. 
  6. Keluarga terdekat masih mampu untuk menyara anak-anak tersebut. 
  7. Mereka berharap, sumbangan ke akaun-akaun peribadi individu yang mendakwa mahu menyalurkan kepada mereka, dihentikan segera kerana bimbang ada yang mengambil kesempatan.
  8. Mereka tidak menghalang jika ada pihak yang mahu membantu tetapi mereka bukanlah seteruk yang disangkakan seperti yang viral di media sosial. Masih ada ramai saudara terdekat yang mampu membantu mereka. 
  9. Bayi kembar yang baru lahir tidak digalakkan bersua dengan orang ramai kerana bimbang jangkitan penyakit yang tidak diingini.
  10. Tiada anak-anak yang akan diserahkan kepada orang lain.
Saya hanya menyampaikan apa yang diminta oleh ayah kepada anak-anak ini serta ketua kampung yang juga merangkap bapa saudara arwah. Terima kasih kepada yang telah membantu, hanya Allah yang mampu membalas jasa tuan/puan. - Adnan Azizi ZA 

0 comment... add one now