Khamis, 7 April 2016

"Hampir Setiap Minggu Aku Terima Mesej Suruh Murtad," Catatan Saudara Baru Dari England Fasih Berbahasa Melayu

Alangkah bertuahnya kita ini yang sudah dilahirkan sebagai seorang Islam dari kecil di mana apabila meningkat dewasa mengamalkan agama Islam dengan tenang tanpa gangguan mana-mana pihak.

Bahkan kita hidup di negara Malaysia yang merupakan negara Islam yang mengamalkan tolenrasi kebebasan beragama di mana semua agama bebas diamalkan selagi tidak mengganggu agama Islam sebagai agama rasmi.

Hidup di Malaysia juga kita bebas daripada Islamophobia di mana ada beberapa tempat umat Islam dilayan seperti orang asing dan mereka juga dianaktirikan oleh sesetangah kawasan di negara-negara barat.

Berkongsi sebuah catatan seorang mualaf yang berasal daripada England, di mana melalui laman Facebooknya bernama Aiden Taylor O'Connor, beliau menulis catatan-catatann kisah kehidupannya mula memeluk Islam 17 tahun lalu yang ditentang oleh bapa tetapi kini bapanya itu telah menerima hidayah.

Jom kita baca.

"Sejak memeluk Islam pada 17 tahun yang lalu, boleh dikatakan hampir setiap minggu aku menerima message yang menyuruh aku murtad. Mereka, si penghantar bukanlah dari kalangan agama lain, tetapi dari agama Islam sendiri. Seolah-olah kedatangan aku memeluk Islam tidak diterima oleh mereka. 

"Jika kamu mempertikaikan niat aku memeluk Islam, tak mungkin aku di sini sebagai muslim selama 17 tahun. Tak mungkin kini aku mampu menjadi Al-Hafiz! Tak mungkin aku berada di sini menceritakan tentang indahnya Islam!

"Sedangkan keluargaku sendiri tidak pernah menyuruh aku murtad walaupun cuma aku di dalam keluarga ini yang bergelar muslim!."

"Sewaktu saya mula memeluk agama Islam, saya sembunyikan selama 4 tahun. Tetapi diketahui oleh keluarga sewaktu saya ingin mengerjakan umrah pada usia 9 tahun. Selama 4 tahun itu sangat mencabar kerana cuba tidak mengikut adat keluarga dan secara tersembunyi kerana bimbang diketahui," tulisnya.

"Menjadi satu satunya Muslim di dalam keluarga bukannya mudah lebih-lebih lagi membesar di sebuah negara yang besar. Lafaz shahada aku saat aku berumur 5 tahun. Ketika itu aku telah lancar bacaan Quran berkat tunjuk ajar keluarga Melayu. 

Siapa tidak mahu melihat ibunya di sana nanti. Aku juga mahu... Aku mahu Claire Marie melihat sisi keindahan menjadi seorang Muslimah. 

Tiap hari tidak pernah lupa untuk mendoakan ibu ayah memeluk Islam. Kini usia aku 21 tahun, dan masih mengulang yang sama.

Ibu, tidaklah seorang yang membenci Islam. Tetapi ibu selalu bertanyakan aku soalan yang jauh dari fikiran. Kadangkala tidak mampu dijawab kerana bagiku Allah juga punya rahsia.

Hari ini terima panggilan, beliau kata ada menonton video clip lafaz shahada menerusi telephone dari Japanese woman dimana anaknya ketika itu sedang menunaikan hajj. Lalu ibu tanya apa lafaz itu dan aku ajarkan sedikit agar bila suatu hari nanti hatinya terbuka menerima Islam, bacaannya lancar seperti yakinnya beliau terhadap Islam.

Dihujung panggilan ibu tanya "kenapa pergi kesana? Macam tidak seronok". Allah.. ibu.. Seronok dunia bila dicari sedalamnya maka jauhlah dari nikmat di akhirat sana. Seronok dunia tidak akan kekal bahkan alam yang cantik ini juga akan pudar dan tidak akan mekar selamanya. 

Doa Aiden buat ibu, ayah, dan Leah agar sisi indah Islam ini kita kongsi dan rasai bersama."

"Menerima khabar dari England, "Aiden, I want to be a Muslim"

Allah.. Setelah beberapa bulan ibu memeluk Islam, kini ayah (Alex O'Connor) juga menerima hidayah.

Ayah inilah yang berkeras menentang ketika mendapat tahu aku ingin ke Tanah Suci kerana ketika itulah beliau mendapat tahu aku ini seorang Muslim.

Fa bi ayyi ala'i Rabbikuma tukazziban. Maka nikmat Allah yang manakah yang engkau dustakan," tulisnya yang jelas menyatakan syukur dengan berita tersebut.

Bertemu cinta hari sehingga ke jinjing pelamin dengan gadis Pasir Mas.

"Langitnya umpama seluas cinta saya buat isteri, airnya ibarat apa yang saya rasa apabila pertama kali meluangkan masa di rumah mertua 2 bulan yang lalu. 

Isteri saya cumalah seorang wanita dari sebuah kampung kecil di Pasir Mas, Kelantan. Manakala saya ini seorang lelaki Inggeris yang kurang mengetahui adab ketimuran.

Perkenalan dengan isteri cuma singkat kerana kami memilih untuk 'diikat', tapi alhamdulillah rahmat Allah bersama. Suatu ketika apabila saya pulang ke kampung isteri, hati ini bergelora.

Apakah saya mampu mengikut adat dan budaya mereka. Apabila ditanya mertua, saya cuma angguk, sedangkan yang saya faham cuma 'doh'. 

Berbalik kepada makanan, susahnya waktu itu nak susun lima jari dalam pinggan untuk makan kerana kebiasaan saya menggunakan sudu sehinggakan apabila tiba waktu makan, saya makan perlahan hingga semua orang bersurai, baru saya cepatkan suapan. Saya ada pilihan menggunakan sudu tapi bagi saya perlu mnghormati adat resam dan budaya apabila berada di sesuatu tempat.

Tiba siang, panasnya tak terkata. Nampak lorry ice lalu, terasa nak melompat masuk ke dalam. Tapi lama kelamaan jadi kebiasaan. 

Tapi itu semua pengalaman yang berharga. Yang tak akan saya rasai jika saya kekal dengan adat saya sebagai lelaki Inggeris."

Kini bahagia disamping isteri dan anak kacukan Melayu Mat saleh yang cukup comel.

Semoga apa yang dipaparkan disini menjadi contoh tauladan kepada kita dilaur sana, mereka yang lahir dari bukan Islam dan memeluk Islam begitu cuba untuk mendekatkan diri denganNya, kenapa kita yang tiada sebarang halangan ini tidak mengamalkan tuntutan agama seperti yang disyariatkan

Tiada ulasan:
Write ulasan