Ahad, 3 April 2016

Dua Kali Umrah, Zahiril Adzim Hajat Tunai Haji

Pelakon Zahiril Adzim serta isterinya Shera Aiyob yang baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah di Mekah berkata, dia berhajat untuk melakukan ibadah haji pula selepas ini sekiranya diberi peluang dan rezeki.



“Insya-Allah sekiranya diberi peluang dan rezeki saya mahu mengerjakan ibadah haji pula selepas ini,” katanya yang begitu teruja apabila menceritakan saat-saat dia sekeluarga mengunjungi tanah suci Mekah baru-baru ini.

Pemergiannya ke tanah suci Mekah buat kali kedua ini, sungguh bermakna kerana hajatnya untuk membawa anaknya itu ke Gua Hira akhirnya termakbul.

“Tercapai juga untuk saya bawa anak ke Gua Hira tempat Nabi Muhammad menerima wahyu itu. Bila sampai ke puncak rasa sayu, sebak sekali serta kita dapat menikmati kesucian tempat tersebut,” katanya yang ditemui di majlis tayangan filem Redha.

Di majlis tersebut juga, Zahiril turut berlakon dalam filem Redha bersama-sama dengan Remy Ishak, Nadiya Nisaa serta Namron. Filem ‘Redha’ bakal ditayangkan pada 14 April ini.

Tiada ulasan:
Write ulasan