Sabtu, 2 April 2016

Ditipu Pakej Umrah, Nubhan Kerugian RM50,000

Sudah bersiap sedia dan menjelaskan segala bayaran sebelum hari penerbangan ke Tanah Suci, Nubhan memaklumkan kepada Harian Metro bahawa dia kerugian lebih RM50,000 membabitkan 12 anggota keluarga lain apabila ditipu syarikat pelancongan.

“Saya memang marah, bengang dan terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak berkenaan. Tergamak mereka menipu kami yang nak pergi menunaikan umrah. Selepas ini saya berharap pihak berwajib boleh menjalankan siasatan lebih lanjut agar tidak ada lagi mangsa terkena,” katanya.

Sementara itu, penyanyi Firman Basir yang turut mengambil pakej yang sama dengan Nubhan turut mengalami nasib yang sama menyebabkan mereka terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, malam tadi.

“Tidak sangka apabila kami tiba di kaunter pendaftran nama kami tidak ada dalam senarai. Agak terkejut juga kerana semua perkara sudah selesai beberapa minggu lalu. Selepas medapat maklumat daripada pihak berkaitan, ternyata kami ditipu,” jelas Firman yang mengalami kerugian hampir RM20,000.

Selain Nubhan dan juga Firman, terdapat 55 yang lain termasuk ibu bapa dan adiknya dijadual berangkat ke Makkah dengan penerbangan jam 8.45 malam tadi. Jelas sekali perkara tersebut mengecewakan Firman kerana dia memang berhasrat untuk membawa kedua ibu bapanya menunaikan umrah selepas memenangi program realiti itu.

Menurut Nubhan di akaun Instagramnya, individu yang terlibat dalam penipuan melalui syarikat pelancongan yang bertanggungjawab telah pun diberkas oleh pihak polis. Semoga yang menipu mendapat balasan setimpalnya.

Tiada ulasan:
Write ulasan