Jumaat, 1 April 2016

Di Penjara 3 Hari, Bekas Isteri Dakwa Jimmy Gagal Beri Nafkah Anak

Bekas ibu mentua Jimmy Shanley, Datin Monirah Kassim menyifatkan tindakan Jimmy menfailkan perintah komital ke atas anaknya, Nursuhaila Eliani Suhaimi sehingga menyebabkan beliau dikenakan penjara selama tiga hari adalah bertujuan untuk membalas dendam.



“Saya nak ucap tahniah kepada Jimmy kerana menjadi seorang ‘bapa kura-kura’ dengan membiarkan anaknya berjalan dan membesar sendiri,” katanya kepada portal My News Hub sambil mendakwa Jimmy sebagai seorang bapa yang tidak bertanggungjawab kerana tidak pernah memberi nafkah walau sesen.

Menurut Datin Monirah lagi, beliau percaya tindakan Jimmy yang melampau itu mungkin berikutan daripada kejadian Jimmy yang tidak mendapat hak lawatan selama tiga hari walaupun ketika itu, Suhaila telah pun mengikut keputusan mahkamah.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan Syariah telah memutuskan Suhaila menjalani hukuman penjara tiga hari kerana mengingkari perintah berhubung lawatan dan bermalam membabitkan anak mereka. Bagaimanapun, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Syariah mengurangkan jumlah penjara daripada tujuh ke tiga hari.

Tiada ulasan:
Write ulasan