Isnin, 25 April 2016

Di Ekori Seseorang, Liyana Jasmay Berasa Tidak Selamat di Sabah

Pelakon Liyana Jasmay akui takut keluar bersendirian kerana pernah diekori peminat fanatik.

Kejadian tersebut berlaku ketika Liyana ke Sabah untuk melawat suaminya.

Liyana berkata,  dia tidak akan melupakan pengalaman diekori peminat ketika keluar membeli-belah di negeri itu.Diekori Peminat Fanatik Liyana Jasmay Takut Keluar Bersendirian Di Sabah

“Suami memang bekerja di Sabah dan adakalanya jika tidak sibuk saya akan melawat dia di sana dan hanya duduk di rumah.

“Kalau nak keluar sorang-sorang tu saya rasa sedikit takut sebab pernah ada pengalaman buruk ketika saya sedang membeli-belah.

“Bayangkan sedang sibuk membeli barang, saya diekori oleh orang yang tidak dikenali dan itu membuatkan saya serik.

"Selepas daripada kejadian itu, memang saya tak berani nak keluar sendirian lagi," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Liyana, suaminya juga turut menjadi mangsa peminat fanatik apabila ada diantara mereka yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama dengannya.

“Saya terkejut, walaupun suami saya bukan selebriti terkenal tapi ada juga orang yang nak bergambar dengan dia.

“Rasa kesian juga lihat dia begitu, tapi tak sangka pula orang Sabah kenal yang dia adalah suami saya.

“Gambar yang mereka ambil tu kemudiannya ditagkan pada saya di laman sosial dan mereka kata kalau tak dapat bergambar dengan Liyana Jasmay, dengan suami pun jadilah,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Liyana kini sibuk dengan perniagaan pakaian di bawah jenama Mermaid Store selain bakal muncul dengan lagu baru berjudul Oh Na Na tidak lama lagi.

Tiada ulasan:
Write ulasan