Berkahwin Kerana Allah , Mahu Majlis Yang Sederhana - Nora Danish

Desas-desus mengatakan pelakon Nora Danish dan pasangannya Nedim Nazri bakal mengakhiri zaman solo mereka pada tahun ini masih menjadi tanda tanya kerana kedua-dua mereka masih belum mempunyai tarikh atau persiapan khas sepenuhnya.


Bagaimanapun, Nora yang sebelum ini pernah berkahwin memberitahu untuk berkahwin pada kali kedua ini ialah berkahwin kerana Allah dan mahukan hubungan yang sah dan direstui. Kegagalan perkahwinan pertamanya banyak mengajar erti kehidupannya.

“Insya Allah memang ada perancangan untuk ke arah perkahwinan tetapi bukan senang untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri, adakah kita bersedia untuk jadi isteri? Pengalaman lepas banyak mengajar, dan semua itu saya anggap sebagai pengajaran supaya tidak mengulangi lagi kesilapan yang lepas,” katanya.

Sekiranya mereka berdua berkahwin, Nora berkata, dia tidak mahukan sebarang majlis perkahwinan yang mewah dan memadailah hanya dengan konsep sederhana sahaja kerana apa yang lebih penting bagi Nora ialah merekaa sah bergelar suami isteri.

Nora turut menjelaskan aktivitinya yang suka bercuti memerlukan seseorang untuk menemani serta melindunginya dan disebabkan itulah dia mahukan seseorang yang bergelar suami untuk mengikutinya kemana sahaja.

“Saya sudah lama single. Kalau ada partner, lagi senang dan selamat untuk saya bercuti kemana sahaja, maklumlah saya ini memang kaki berjalan,” katanya ringkas.

Sementara itu, Nora yang ditemui di Majlis Pelancaran Telefon Pintar Terbaru OPPO F1Plus melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana terpilih menjadi duta kepada produk telefon pintar ini.

0 comment... add one now