Ahad, 17 April 2016

Bergincu Merah, Ini Penjelasan Faizal AF4

Kemunculan semula Faizal (AF4) yang terkenal dengan tagline 'senyum sokmo' ternyata mendapat perhatian ramai setelah beberapa tahun menghilang.

Selain daripada memohon maaf atas perkara lalu, bakal muncul dengan single terbaru dan sudah tiga kali berkahwin, Faizal kini muncul dengan imej bergincu merah.

Kenapa Faizal pakai gincu merah?  

Sebenarnya Faizal bergincu merah kerana dia merupakan pengasas bersama seorang rakan kongsi dan duta untuk produk kecantikan 'Beauty 18'. Disebabkan itulah dia akan memakai gincu merah sebagai salah satu untuk mempromosi produk tersebut.

"Jika ada yang bertafsiran buruk, maafkan saya kerana saya jgua manusia biasa.  Saya ingin berubah dan terus berada dalam industri seni dengan cara tersendiri.  Disebabkan itulah, saya mahu aktif dan membuang semua persepsi negatif," ujar Faizal yang muncul dengan semangat baru.

Tiada ulasan:
Write ulasan