Sabtu, 23 April 2016

'Berani Buang Rokok Aku? Aku Ceraikan Kau!'

Saya dan isteri sudah berkahwin 10 tahun. Saya adalah perokok tegar dan sudah menjadi kebiasaan saya menghisap rokok dalam rumah.

Minggu lepas, saya hisap rokok depan televisyen dan anak-anak. Tiba-tiba isteri saya datang dan merampas rokok saya dan buang dalam sinki. Saya sangat marah sebab isteri kurang ajar dengan saya. Dia beri alasan sebab saya menghisap rokok di depan anak-anak.

Saya menjadi hilang kesabaran lalu naik tangan. Saya kecewa dengan tindakannya dan dia tidak memahami yang saya adalah perokok tegar yang suka mahu berhenti.  Saya tak faham, susah sangat ke perempuan nak faham dengan lelaki menghisap rokok ini? Sanggup kurang ajar dengan suami sendiri sebab rokok.

Sudah 10 tahun saya bertahan, setiap kali saya menghisap rokok, mesti isteri saya akan membebel, marah-marah, tarik muka, hempas pintu bagai membuatkan hidup saya tertekan. Saya lihat orang lain tak ada pun berkelakuan seperti isteri saya yang terlalu mendesak saya berhenti merokok. Rokok saya sudah beribu-ribu kotak dibuang olehnya.

Saya berkongsikan cerita saya ini agar para isteri di luar sana mengambil iktibar agar jangan terlalu mendesak suami berhenti merokok dengan cara yang melampau. Jangan jadikan point saya hisap rokok depan anak untuk salahkan saya.

Saya tengok ramai lelaki di luar sana menghisap rokok di tempat awam. Tak menjadi masalah pun? Tiada orang nak marah mereka pun? Sekurang-kurangnya saya tak hipokrit hisap rokok sorok-sorok seperti budak sekolah. Tolonglah fahami keadaan saya sebagai seorang perokok tegar.

Sekarang kami dalam proses perceraian. Harap para isteri mengambil iktibar dari kisah saya ini. - KRT

3 ulasan:
Write ulasan
  1. Memang cara isteri tu salah....tapi kalau dia salah perbetulkan tapi rasanya susah kot suami mcm awak nak perbetulkan isteri sendiri hakikatnya awak sendiri x betul....depan anak2 hisap x ada otak k weiii esok anak2 hisap rokok jng kata sebagai ayah suka....anak2 kecik lagi kan?kalau sekecik tu terikut apa yg bapak dia seperti kau buat hisap rokok ko nak salahkan siapa....silap2 kaki naik kat muka anak x tahule kalau kau sebagai bapak x kisah...wowww good father....memang salah cara isteri tu dan rasanya x payah nak ambik contoh orang lain....sebagai ketua keluarga tahu dlm bab ni bukan ikut nafsu jerr nasib x layan dadah kan....silap2 depan anak pun hisap dadah dan bangganya menyatakan diri tu penghisap dadah tegar....memang salah cara isteri tu tapi x salahkan isteri jadi mcm tu sebab suamipun x betul dengan prinsip penghisap rokok tegar ....renung renungkan selamat beralamal

    BalasPadam
  2. dah merokok depan anak2 spe yg x mrh kalau dah sakit budak2 tu isteri jugak yg menjaga.suami buat xtw.ank dah xde bru nk nyesal.mcm kat rumah xde tmpt lain nk merokok kenapa mesti dpn ank.klu nk sakit tu sakit sorg2 jgn nk lbtkan org lain.

    BalasPadam
  3. Mamat si perokok tegar ni idup lg ke��..

    BalasPadam