Bekas Tunang Adira Bakal Kahwin,Kenal Melalui Mysapce 12Tahun Yang Lalu

KUALA LUMPUR: Selepas penyanyi Adira, mendedahkan dirinya sudah berkahwin pada Disember tahun lalu, kini tiba giliran bekas tunangnya, Shahrul Nasrun Kamarudin, 30, pula untuk mendirikan rumah tangga.

 Shahrul yang juga Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia akan menamatkan zaman bujangnya dengan pengusaha produk kecantikan, Fatin Amyera Zainal Abidin, 27, pada 20 Mei depan. Pemuda itu berkata, dia tidak menyangka wanita yang dikenalinya menerusi laman sosial Myspace, 12 tahun lalu, bakal menjadi isterinya.

"Tiada perkataan yang boleh disimpulkan mengenai perasaan saya ketika ini. Cuma, saya bersyukur kerana penantian untuk hidup bersama seorang wanita yang betul-betul memahami diri ini akhirnya termakbul.

"Saya bertuah mempunyai bakal isteri yang sangat penyabar dan ikhlas dalam setiap tindakan yang dilakukan dan pada masa sama seorang yang jujur. Paling penting, dia menghormati ibu bapa saya.

"Saya juga dapat melihat, dirinya mampu menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak kami nanti, insya-Allah. Selain itu, dia wanita yang sangat cantik dan seorang yang bekerja keras," katanya kepada BH Online. Minggu lalu, Shahrul memuat naik gambar kad kahwinnya di Instagram miliknya dengan keterangan berbunyi:

"Terima kasih @firmakreatif @asmamadihah kerana menaja kad kahwin kami. Semua orang puji cantik. Menghitung hari-hari terakhir #AmyeraShahrul." Pelakon kelahiran Malaysia yang mengembangkan kerjaya lakonan di Indonesia, Miller Khan, turut memberi ucapan tahniah dan Shahrul membalasnya dengan menulis:

"Kau wajib balik angkat dulang hantaran aku. 20 Mei!" Sementara itu, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 25, meluahkan kegembiraan ketika diminta mengulas mengenai majlis pernikahan lelaki itu yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

 "Alhamdulillah, ia adalah satu berita gembira buat semua dan saya turut menumpang bahagia dengan khabar itu. Saya mendoakan agar Shahrul dan pasangannya bahagia hingga ke akhir hayat," tuturnya. Adira pernah bertunang dengan Shahrul pada 22 Disember 2014, namun ikatan berkenaan putus pada pertengahan April 2015.

 Disember tahun lalu, Adira berkahwin dengan Datuk Seri Adenan Abu di Songkhla, Thailand.


0 comment... add one now