Sabtu, 2 April 2016

Bayi Setahun 7 Bulan Maut Dihempas Teman Lelaki Ibu

SEPANG - Gagal kawal kemarahan, seorang lelaki tergamak menghempas seorang bayi perempuan sehingga maut di Putra Perdana, semalam.

Dalam kejadian pada jam 12.30 tengah hari itu, mangsa menangis mahu mengikut ibunya keluar bekerja. Suspek yang gagal mengawal kemarahannya lalu mendukung dan menghempas mangsa ke lantai.

Mangsa berusia setahun tujuh bulan, adik bongsu dari tiga beradik itu tidak sedarkan diri selepas dihempas, dihantar oleh teman lelaki ibunya ke sebuah klinik di Putra Perdana

Lelaki itu memaklumkan pada pekerja klinik yang mangsa terjatuh di rumah.

Tanpa mengesyaki apa-apa, pekerja klinik memberikan bantuan pernafasan kecemasan pada mangsa selama 30 minit. Pihak klinik kemudian menghubungi Hospital Putrajaya untuk tindakan selanjutnya namun mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 2 petang.

Berdasarkan laporan bedah siasat, mangsa disahkan meninggal dunia akibat pendarahan di kepala dan perut yang dipercayai hentakkan objek tumpul.

Teman lelaki dan ibu mangsa telah ditahan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -

Tiada ulasan:
Write ulasan