Ahad, 24 April 2016

Bapa Nasihat Black Mentor Jangan Perbodohkan Diri Dalam Program Mentor Milenia

Sebelum ini, Black Hanafiah telah muncul sebagai Mentor untuk program televisyen realiti. Namun begitu Black banyak bercakap dan bergerak dalam program itu, sehingga dianggap ‘over’ oleh Netizen. Sehubungan itu, dia dikecam kerana dianggap berlebihan ketika mengendalikan rancangan itu.

Melalui mStar Online, penyanyi itu mendedahkan dia telah ditegur oleh bapanya berkenaan perkara itu dan itu ialah teguran pertama bapanya sejak tujuh tahun dia bergelar artis.
Selepas program Mentor Milenia lalu bapa ada telefon saya dan ingin berjumpa, ini pertama kali dia tegur saya secara serius dan memberi nasihat agar saya tidak membodohkan diri lagi seperti dalam program realiti berkenaan.
Saya sudah jelaskan kepadanya bahawa ia hanya untuk menceriakan program, namun dia tidak mahu saya dikecam oleh penonton. 

Dia juga berjanji kepada bapanya untuk tidak bersikap demikian dalam mana-mana program pada masa akan datang.
Sebagai orang tua saya faham perasaan dia bila lihat saya dikritik orang ramai. Dia juga terasa kalau orang kecam kelakuan saya.
Teruk jugalah saya kena ceramah dalam kereta oleh ayah dan mak sebab perkara itu.
Black telah muncul dengan album Black…Masih Di Sini yang memuatkan lagu hits sepanjang 2015 iaitu Teman Pengganti, Puisi Sang Dewi, Mana Mungkin, Si Putih Si Merah dan Takkan Terpisah. Dia juga akan muncul dengan satu single terbaru berjudul Anugerah Terindah yang bakal dilancarkan tidak lama lag

 photo maxresdefault.jpg

Tiada ulasan:
Write ulasan