Isnin, 25 April 2016

'Bahagianya Mereka, Teringin 'Rampas' Suami Dia...'

Ini kisah benar, moga menjadi iktibar pada mereka yang lain.

Saya mengenali seorang sahabat melalui Facebook. Dia seorang isteri yang baik, rajin memasak, menguruskan rumah tangga, taat pada suami dan perintah agama. Dia juga adalah seorang suri rumah tangga sepenuh masa.

Suaminya adalah seorang penjawat awam dalam badan beruniform. Saya suka tengok kebahagiaan mereka. Si isteri selalu memuat naik gambar bersama suami dan anak-anak mereka. Makan bersama, shooping, memasak semua memang kalau kita tengok dalam gambar, setiap si isteri akan muat naik. MashaAllah, bahagianya mereka. 

Bertuah si isteri dapat layanan suami seperti itu. Lebih-lebih lagi segala kemahuan isteri dan anak dipenuhi. Makan mahal-mahal, shopping brander, setiap masa setiap perkara yang dilakukan oleh si isteri memang akan selalu dikongsikan di Facebook.

Resit shopping, makan, semualah. Facebook dia dah macam diari, update moment bahagia bersama anak dan suami tercinta. Memang bahagianya mereka.

Saya yang tengok ini pun kadang-kala cemburu. Iyalah, nasib kita tak sama, rezeki kita pun tak sama. Saya tumpang bahagia tengok kawan-kawan begitu.

Tetapi sejak dua menjak ini, saya pelik sebab kawan saya itu tiada lagi update Facebooknya. Mungkin dia sakit atau ada masalah? Saya pula menjadi tertanya-tanya. Lalu saya mengirim mesej pada dia melalui Facebook, saja bertanya khabar.

Rasa terkejut sangat bila dia beritahu yang dia baru saja bercerai. Diia beritahu yang suaminya tiba-tiba berubah hati dan tergila-gilakan seorang perempuan yang baru dikenalnya dalam Facebook. Sangat mudah si suami lafazkan cerai pada isteri yang saya rasa bagai bidadari yang amat baik.

Dari apa yang diceritakan olehnya, saya cuma nak pesan, setiap kebahagiaan, kenangan atau apa-apa yang kita nak kongsikan di Facebook, fikirkanlah berkali-kali. Ada saja mata-mata yang cemburu dan mungkin memasang rasa teringin memiliki atau menggantikan tempat kita dalam mengecapi kebahagiaan bersama orang yang paling kita sayang.

Kita tidak tahu apa yang mereka fikirkan, apa yang Allah rancangkan buat kita. Tak apalah jika kita bahagia, kita kaya, kita simpan bersama memori dan saat itu rapat-rapat dalam fikiran. Tak perlu berkongsi dengan dunia. Biar hanya kita dan sesungguhnya Allah saja yang tahu. Akhir kata, semoga kita semua dirahmati. - KRT

Tiada ulasan:
Write ulasan