Sabtu, 2 April 2016

AIR KOSONG JADI MAS KAHWIN

Beberapa hari ini kita dihidangkan dengan pelbagai kisah perkahwinan.

Mula-mula kisah pasangan pengantin yang bergaduh di masjid gara-gara tidak ada mas kahwin, kemudian viral perkahwinan jutawan minyak yang menelan belanja jutaan ringgit, selepas itu kisah pembaca berita yang keseluruhan majlis perkahwinannya menelan belanja hanya RM800 sahaja.

Hari ini viral pula kisah pengantin di Acheh yang dikatakan hanya memberikan segelas air kosong sebagai mas kahwin.

Gambar dan status yang dimuatkan di Facebook Purwanto ini mendapat perhatian ramai. Statusnya bertulis:
Umum
“Pernikahan Hari & Rohani dengan mahar segelas air minum. Langsung diminum maharnya...Semoga menjadi keluarga yang bahagia."

Dalam komen lain Purwanto menjelaskan:

“Ia. Yang menikah ialah pegawai agama. Pernikahan dilangsungkan di Masjid Al Falah Kampung Pea Jambu, Khamis 24 Mac 2016,” tulis Purwanto

Tiada ulasan:
Write ulasan