Khamis, 28 April 2016

Aidil Anggap Sudah Rezeki Rita Rudaini

Telah diperintahkan mahkamah untuk membayar nafkah tertunggak sebanyak RM 68, 530 serta segala kos guaman Rita Rudaini sepanjang tempoh perbicaraan berlangsung, Aidil Zafuan Abdul Razak menjelaskan beliau menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka dan menganggap ia rezeki bekas isterinya.

idil sebelum ini hanya membantah jumlah mutaah yang berjumlah RM300,000 yang dituntut oleh Rita.
Saya terima dengan hati terbuka dan saya berpuas hati dengan keputusan hakim. Saya bukan membantah untuk tuntutan dikemukakan, tetapi membantah jumlah yang dikemukakan sebelum ini.
Mahkamah memberikan tempoh 45 hari  bermula semalam kepada Aidil untuk menjelaskan bayaran nafkah serta kos guaman tersebut. 
Rita sebelum ini memfailkan tuntutan mutaah RM300,000 daripada Aidil, pada 7 Julai 2014 mengikut Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.  Walaubagaimanapun, pada Oktober tahun lalu, pihak mahkamah memutuskan Aidil hanya perlu membayar RM30,000 tuntutan mutaah terbabit.
Aidil Zafuan dan Rita Rudiani berkahwin secara senyap di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 sebelum Aidil menceraikan Rita melalui SMS pada 4 Ogos 2013. Lafaz cerai tersebut disahkan pada  September 2013.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 7, dan Airit Qaqa Arjuna, 5.

Tiada ulasan:
Write ulasan