Isnin, 25 April 2016

[15 Gambar Ngeri] Tiga Rekan Maut Kereta Bertembung Lori Simen

[15 Gambar Ngeri] Tiga Rekan Maut Kereta Bertembung Lori Simen|Sebuah kemalangan ngeri yang berlaku kira kira jam 2:45  tadi melibatkat kerata bertembung dengan lori di Teluk Yu dekat Pusat Kraftangan Langkawi jalan taman kulat difahamkan melibatkan 3 maut dalam kemalangan tersebut.

Punca kejadian,salah seorang saksi mengatakan kereta proton iswara yang dinaiki ketiga mangsa terbabas makan jalan lorong sebelah selepas gagal mengambil selekoh berhampiran kompleks kraf.

Lori simen (pasir) yang datang dari arah bertentangan cuba untuk mengelak namun tidak lepas.MAUT

Difahamkan ketiga tiga mangsa yang menaiki kereta maut ditempat kejadian ,identiti  ketiga-tiga mangsa iaitu Haslan Hasan, 23; Idris Shaari, 22; dan Mohamad Solihin Fuad, 21.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Langkawi, Asisten Superintendan Mahadhir Mohd Salleh ketika dihubungi berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Pantai Kok ke Ayer Hangat memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori sarat dengan muatan pasir simen

“Akibat pertembungan itu, kereta terbabit terputus dua di mana pemandu dan penumpang kereta mati di tempat kejadian.

“Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat,kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.45” katanya.

Gambar sekitar kejadian
13062056_478230685704206_4911831608179098370_n
13062154_517748208413437_4663086587714019718_n
13055327_517748251746766_8463671807136815225_n
13082540_478231002370841_3575675055446161918_n
13082578_517748231746768_415092598316039314_n
13083252_10207722473357108_3117255904625198060_n
13087401_478230972370844_6414981195451205501_n
13087687_517748185080106_5521257870499474666_n
13095841_517748168413441_1398210593313085039_n
13096120_517747985080126_1451221014090283956_n

Tiada ulasan:
Write ulasan