Video: Pelancong China Yang Menjengkelkan Di Vietnam

SEBELUM ini, viral video sekumpulan pelancong dari China yang kelakuan kurang sopan berebut mengambil menu udang menggunakan pinggan namun tidak habis dimakan.
Kali ini, viral pula gelagat pelancong dari negara yang sama berebut makanan di sebuah hotel di luar negara.

Video viral kedua ini dikatakan berlaku di Vietnam dan sekumpulan pelancong China terbabit sedang berebut hidangan buah-buahan.

Sebaik sahaja pelayan meletakkan pinggan hidangan itu di meja, sekumpulan pelancong China itu mula berebut, biarpun ada antara mereka terpaksa memanjangkan tangan untuk mengapai hidangan itu.

Video berdurasi 27 saat lokasi di tepi kolam renang hotel tersebut diambil pula oleh media antarabangsa menjadikan video itu semakin viral.

0 comment... add one now