Jumaat, 11 Mac 2016

Video Air Mata Lana Nodin Di Saat Suaminya Iqamatkan Anak Pertama Mereka

Pelakon Lana Nodin selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Gia Quinn Mckinzie pada pertengahan januari 2016 baru-baru ini ada sebab kenapa berita gembira itu dirahsiakan. Menurut Lana, tiada siapa pun yang bertanya dan salah satu sebab lain, berita itu dirahsiakan atas permintaan suaminya sendiri.
 
Setelah didedahkan berita kelahiran anak, ramai peminat ingin melihat wajah bayi kepada pasangan ini namun mereka masih belum bersedia untuk berkongsi di media sosial. Menurut Lana, apabila tiba waktu yang sesuai. Lana akan memuat naik gambar puteri sulungnya untuk dikongsi bersama peminat. Namun, satu video yang dimuat naik oleh peminat Lana sendiri di laman Facebook Fanpage Lana Nodin buat hati kami tersentuh.

Suami Lana Nodin, David atau nama islamnya Mohd Daud Mckienzie dilihat sedang melaungkan azan di telinga puteri sulungnya dan momen itu membuatkan Lana Nodin tersentuh dan menangis sambil melihat suaminya.
Agaknya apa yang difikirkan Lana Nodin ketika itu ya? sememangnya, ia merupakan saat yang terindah bagi semua wanita yang sudahpun bergelar seorang ibu. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Lana Nodin dan suami!


MM&D❤️ Permata HatiKu...so touched when my hubby @david_mckienzie iqamat my baby Gia for the first time...Alhamdullilah and TQ Allah❤️ #lanadaud #lanadavidfmly #lanadavidmckienzie #giaquinn
Posted by Lana Nodin Fan Page on Wednesday, March 9, 2016

Tiada ulasan:
Write ulasan