Tips Buat Lelaki Curang Hilangkan Lipstik Pada Baju Kerja Dengan Mudah

Kadang tanpa sengaja baju-baju putih terkena kotoran dan menjadikan warna tidak lagi menarik dipandang. Basuh bercampur dengan pakaian lain pun dah boleh tukar warna.

Sebagai wanita, anda pasti akan menggunakan pelbagai alat kosmetik dan selalunya solekan juga jadi salah satu penyumbang kotoran degil di baju, misalnya lipstik.


Jika anda tidak sengaja tersapu lipstik di baju, jangan terus basuh, kesan kotoran tidak akan hilang begitu cepat jika anda terus mencuci dengan sabun.


Usah bimbang, anda tetap boleh membersihkannya dengan  hairspray.


Bahan yang anda perlukan cuma Hairspray dan tisu kertas.


Caranya: Letakkan tisu kertas di bawah baju yang terkena kesan lipstik. Sembur hairspray di bagian kesan lipstik sehingga basah. Biarkan lebih kurang 10 minit. Lap hairspray dengan tisu dan cuci baju seperti biasa.

Hasilnya baju putih anda kembali normal seperti semula. Cara ini cukup mudah untuk menghilangkan kesan lipstik di baju walau apa saja bahannya. Hairspray ada kandungan alkohol sebab itulah hairspray mampu menghilangkan kotoran alat solek yang melekat.

Jika tak ada hairspray, anda juga boleh mencuba dengan tuang alkohol. Selamat mencuba!

0 comment... add one now