Ahad, 13 Mac 2016

Tiada Siapa Yang Bawa Saya Dari Lembah Hina Dan Kehancuran, Dan Kerana itu 2 Isteri Saya Telah Di Ceraikan - Faizal AF4

BEKAS juara program realiti Akademi Fantasia musim keempat iaitu Faizal membuka cerita bahawa sebelum ini dia pernah terjerumus dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Menurut Faizal, dia terlibat dalam lembah hina ini kerana salah dirinya sendiri. Salah memilih kawan dan terlalu mengikut kata hati. Akhirnya menemui kegagalan dan kehancuran hidup.

"Dulu saya umpama tidur atas duit. Setiap bulan saya menerima pendapatan berpuluh ribu, cukup lumayan. Ketika itu saya hanya budak kampung yang diangkat sebagai juara. Usia masih muda, disanjung dan dipuja, saya seperti terkena kejutan budaya dan akhirnya mula lupa diri.
 Rupanya Faizal AF4 sudah 3 kali kahwin
"Ketika itu tiada siapa pun yang cuba menarik saya daripada lembah hina dan kehancuran. Hidup saya makin terumbang ambing. Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan sesiapa," ujarnya yang dipetik BH Online.

Akur dengan penyesalannya, kini Faizal matang dan lebih menghargai hidup baru.

Untuk makluman, dua perkahwinannya yang terdahulu gagal diselamatkan. Jelas Faizal, perkahwinan pertamanya bertahan selama tiga tahun dan dikurniakan seorang permata hati, Nur Alia Damia berusia tujuh tahun. Manakala perkahwinan kedua hancur tidak sampai setahun.

"Ini merupakan perkahwinan ketiga saya dan tidak dinafikan, pada awalnya isteri kerap menangis dek perbuatan saya. Alhamdulillah, berkat doa dan kesungguhannya yang mahu melihat saya berubah, saya tidak lagi terbabit dengan gejala yang sia-sia," katanya.

Tambah Faizal lagi, kehadiran isteri ketiganya ini bagai satu nafas baru dalam hidupnya. Lebih-lebih lagi ketika ini isterinya, Sahidatul Najiha hamil tiga bulan.

Menyentuh perkembangan lain, Faizal kini mengusahakan perniagaan produk kecantikan dan kesihatan, Beauty 18 bersama Linda Mohd Shariff menerusi syarikat Care Synergy Sdn Bhd.

Tiada ulasan:
Write ulasan