Isnin, 28 Mac 2016

Tempah Baju Ukuran Kecil Rahsia Che Ta Kekal Cantik

Setiap wanita pasti memiliki rahsia tersendiri dalam menjaga penampilan supaya tampak cantik dan menawan walaupun sudah berusia. Bagi Rozita Che Wan, menempah baju mengikut ukuran kecil adalah rahsia kecantikannya yang terkenal dengan bentuk badan bak anak dara.



“Saya biasanya akan pastikan ukuran pakaian yang ditempah itu muat dengan tubuh. Ini kerana saya suka menggayakan busana yang selesa dipakai”

“Lagipun, hingga kini saya masih boleh menggayakan pakaian yang ditempah 10 tahun lalu. Ia satu perkara yang dibanggakan. Saya sendiri terkejut kerana masih boleh mengenakan pakaian yang sudah bertahun-tahun lamanya,” katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya lagi, selepas memberi ukuran kepada pereka fesyen, ia menjadi motivasi buat dirinya untuk mengurangkan berat badan seperti yang diimpikan. Bagi Che Ta, wanita perlu mengutamakan penjagaan dan penampilan diri, tidak kiralah suri rumah atau bekerjaya.

Selepas melahirkan Aaisyah Dhia Rana, Che Ta akui melakukan kaedah berbengkung dan bertungku setiap hari untuk mengempiskan perut supaya dapat kembali langsing dan sehingga kini berat badannya hanya 50 kilogram!

Tiada ulasan:
Write ulasan