Rabu, 23 Mac 2016

“Tak Salah Jalin Cinta Dengan Pengurus Sendiri”

Tidak menafikan bahawa memang ada selebriti yang menjalin cinta dengan pengurus sendiri, menurut penyanyi Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, perkara tersebut bukanlah menjadi kesalahan.



“Memang tidak salah menjalinkan hubungan cinta dengan pengurus sendiri. Perkara tersebut memang terjadi dalam dunia hiburan. Namun begitu, dakwaan yang mengatakan saya bercinta dengan pengurus adalah tidak benar”

“Hubungan yang terjalin antara saya dan pengurus cuma biasa-biasa sahaja. Tidak timbul perasaan yang lebih dari hubungan antara pengurus dan artis,” memetik penjelasannya kepada portal Astro Gempak.

Tambah Nana, pengurusnya itu telah menjaganya sejak dari tahun 2011 lagi. Selain itu, Nana lebih suka untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.

Tiada ulasan:
Write ulasan