Sabtu, 26 Mac 2016

Tak Ada Rumah, Kereta Jadi Tempat Berteduh 6 Beranak Ini

KASIHAN.. Gara-gara permohonan untuk memiliki rumah kerajaan menerusi Lembaga Perumahan Melaka (LPM) belum menerima sebarang jawapan seorang ibu dan lima anaknya terpaksa menjadikan kereta sebagai rumah mereka.

Sinar Harian melaporkan sebelum berlindung cuma dalam kereta sejak empat bulan lalu, Siti Hajar Saadon, 46, dan anak-anaknya tinggal menumpang di rumah kenalan dan saudara mara di sekitar Tanjung Kling selain pernah tinggal di rumah yang disediakan kerajaan negeri di bawah program Rumahku Syurgaku (RKSK).

Siti Hajar mendakwa sudah banyak kali pergi ke LPM untuk bertanyakan perihal rumah yang dimohon namun hingga kini belum ada respon positif diterima.

Maka mahu tak mahu dia nekad membawa anak-anak tinggal dalam kereta.

Kereta tua tersebut pun terpaksalah berfungsi bagaikan rumah – hinggakan di dalam kereta itulah juga disumbat segala macam pakaian, makanan, ubat-ubatan serta dapur.

Tandas awam dan surau dijadikan lokasi kunjungan bila mahu mandi, buang air dan sebagainya. Siti Hajar dan anak-anaknya juga tidur tanpa mengira tempat.
image2
Difahamkan Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Melaka yang dihubungi Sinar Harian akhirnya maklum masalah ibu ini dan sedia memberikan bantuan termasuk menyokong permohonan rumahnya selain mengusahakan bayaran deposit sebuah rumah sewa jika perlu.

Tahniah kami ucapkan kepada Pembela BN dan Sinar Harian yang membawa perkara ini ke tengah untuk pembelaan.

Tiada ulasan:
Write ulasan