Sabtu, 12 Mac 2016

Status Anaknya dikatakan Haram, Lana Nodin Mengamuk Di Instagram

Kadang kadang kami pelik juga dengan segelintir manusia lebih lebih mereka yang banyak luangkan masa di internet untuk memetik kesalahan orang walau sebesar hama. Lana Nodin bukan nama asing dalam menjadi perhatian golongan sebegini.

Pelakon itu baru baru ini mendedahkan yang beliau telah selamat melahirkan anak pertamanya pada Januari 2016 yang lalu dan pendedahan ini menjadi bahan untuk segelintir peminat untuk mempersoal usia kandungan sebenar Lana Nodin.



Malah ada yang turut mempersoalkan status anak pertama pasangan itu selepas membandingkan tarikh pernikahan mereka dengan tarikh kelahiran bayi itu. Banyak betul masa mereka mencongak dan berteka teki tentang hal peribadi orang lain.

Dalam kenyataan terbaru menerusi Instagram, Lana Nodin melahirkan rasa kurang senang beliau dengan tindakan golongan tersebut dan menegaskan tidak akan memaafkan mereka yang memfitnah status anaknya.
Lana Nodin Naik Berang Status Anak Dipersoal - ROTIKAYA
“Pada sesiapa yang komen buruk pasal anak I bukan saje di sini malah di blog blog, di sosial media yg lain saya dan suami takkan maafkan anda sehingga hujung nafas kami selagi anda tak minta maaf pada kami terang terang seperti mana anda buat keputusan nak jadi keyboard warrior sangat walaupun sebesar zarah terdetik pasal buruk anak atau maruah keluarga saya,” sebahagian tulisan Lana Nodin di Instagram.

Tiada ulasan:
Write ulasan