Sijil SPM Palsu Untuk Belajar Di Luar Negara Disiasat

MELAKA: Polis dan Kementerian Pendidikan Tinggi sedang menyiasat kes penipuan di mana terdapat pelajar menggunakan  keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) palsu untuk melanjutkan pengajian ke universiti di Mesir.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 61 pelajar didakwa telah dikesan mengubah atau memalsukan keputusan SPM tahun 2010 hingga 2012 mereka bagi melayakkan diri meneruskan pengajian tinggi mereka di negera itu.

Menurut sumber-sumber yang dekat siasatan, ramai daripada pelajar terbabit masih berada di negara itu, di mana kebanyakannya mengikuti pengajian ijazah dalam bidang perubatan dan pengajian Islam.

Ibu bapa kepada 12 pelajar yang dipanggil sebagai sebahagian daripada penyiasatan kes membuat laporan polis menafikan bahawa anak-anak mereka telah mengemukakan keputusan SPM yang dipalsukan.

Laporan terbaharu telah dibuat pada 23 Mac di Pulau Pinang dan 24 Mac di sini.

Difahamkan, kementerian mengesyaki penipuan itu seawal bulan September 2014 dan pada permulaan meletakkan seramai 137 pelajar di bawah pemerhatian.

Kementerian telah menemui percanggahan dalam syarat kemasukan pelajar-pelajar ini selepas dimaklumkan oleh Education Malaysia Egypt (EME), agensi bahagian pelajar yang berpangkalan di Mohandessin, Kaherah.

Seorang pegawai kementerian membuat laporan polis di Putrajaya pada September 2014 dan satu lagi laporan polis telah dibuat pada bulan Disember 2014, dengan 61 orang disyaki telah mengemukakan keputusan palsu untuk memenuhi syarat kemasukan mereka.

Siasatan polis memberi tumpuan kepada kemungkinan penglibatan sindiket dan kemungkinan ramai pelajar lain lagi yang mendapat tempat untuk mengikuti pengajian dalam bidang perubatan atau lain-lain kursus di luar negara dengan mengemukakan keputusan SPM palsu.
Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Wira Mohd Yunos Husin berkata beliau dimaklumkan bahawa dalam satu kes, ejen komisen didakwa telah bertindak bagi pihak Kementerian Pendidikan dengan memalsukan keputusan dan kemudian menyerahkannya kepada EME.

"Saya menggesa ibu bapa dari Melaka untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak kementerian dan polis jika mereka dipanggil untuk membantu dalam penyiasatan kes ini.

"Siasatan ini adalah sangat penting untuk menangkap semua mereka yang terlibat dalam penipuan ini.

"Kita perlu tahu berapa lama perkara ini telah berlaku dan berapa ramai sebelum ini yang telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan memalsukan keputusan mereka," katanya, Sabtu.

0 comment... add one now